Dalam melayari kehidupan kedestinasi kemurniaan fitrah, berbagai dilema mewarnai fenomena perjuangan hidup. Cubaan yang melanda kadang kala bagaikan sembilu yang menghiris kalbu sehingga menjadi kenanagan hingga akhir hayat. Semuanya menjadi memori dalam minda sehingga ianya terpahat dan menjadi sejarah dalam hidup.
Peristiwa silam merupakan kenangan yang diukir insan dengan tinta sejarah, menghiasi dan mengisi relung hati serta sanubari. Setiap goresan ukiran bukan sekadar fatamorgana tetapi merupakan realiti yang telah ditetapkan Ilahi. Namun iman dan keyakinan akan rahmat dan perlindungan Allah membuatkan kita perlu tabah mengharungi godaan dunia,seperti doa Nabi Ibrahaim ketika baginda berangkat pulang dan terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya, baginda berkata : " Ya Tuhanku, kutinggalkan sebahagian keluargaku di lembah yang tidak ada tumbuhan ini, di sisi rumah-Mu Baitul Haram. Ya Allah, hendaklah mereka mendirikan solat, ciptakan hati manusia senang kepada mereka, serta berilah mereka rezeki buah-buahan, semoga mereka berterima kasih"
(Ibrahim : 37)
Kepiluan dan titisan air mata mengisi ruang-ruang kedukaan insan yang diuji oleh Allah. Bagi yang sabar mendapat rahmat dan yang ingkar mendapat kehinaan. Bagi orang yang beriman ia akan menyerahkan dirinya kepada perlindungan Allah sahaja.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang
Rampas Simpanan Minyak Diesel Tanpa Permit Sah
-
*KUANTAN: *Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara HIdup (KPDN)
Pahang merampas 17,000 liter simpanan minyak diesel tanpa permit yang sah
diang...
14 hours ago
No comments:
Post a Comment