23.10.09

Raja anggota badan

Hati diciptakan Allah Subhanahu Wataala sebagai organ yang paling utama di dalam tubuh manusia dan juga sebagai nikmat yang paling agong diberikan oleh Allah Subhanahu Wataala. Hati menjadi tempat Allah Subhanahu Wataala membuat penilaian terhadap hambanya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang tulus ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah Subhanahu Wataala.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar ia tidak rosak, tidak sakit, tidak leka, tidak buta, tidak keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan-keadaan seperti ini, kesannya adalah melibatkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Dan akan lahirlah penyakit-penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.

Justeru itu, hati adalah amanah yang wajib dijaga, sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya dari berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa diikuti taubat dan istighfar itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam di dalam hati.Itu baru satu dosa. Maka bayangkan bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Ini jelas digambarkan dalam hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :-

Tafsirnya :Siapa yang melakukan suatu dosa, maka akan tumbuh di hatinya setitik hitam, kiranya ia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu dari muka hatinya. Jika ia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh muka hatinya menjadi hitam. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Hadith ini sesuai dengan firman Allah Subhanahu Wataala di dalam Al-Quran surah Al-Muthaffifiin, ayat 14 :-

Tafsirnya :Sebenarnya ayat-ayat kami tidak ada cacatnya bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.

Hati apabila kotor dan hitam akan menjadi keras, apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat akan tidak dirasakan. Dan ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur Iman dan nur Ilmu. Belajar sebanyak manapun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.
Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 74 :-

Tafsirnya :Kemudian sesudah itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga di antaranya yang jatuh kebawah kerana takut kepada Allah, sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.

Begitulah Allah Subhanahu Wataala mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah Subhanahu Wataala. Kerana itu apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah Subhanahu Wataala.

Apa yang paling membimbangkan kita ialah apabila hati mati, kerana inilah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan di dunia dan akhirat. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu Wataala di akhirat kelak.

Hati itu mati disebabkan perkara-perkara berikut:-
Pertama : hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah Subhanahu Wataala. Iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran dari didikan dan ujian Allah Subhanahu Wataala. Seperti mana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Az-Zumar, ayat 22 :-

Tafsirnya :Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
Kedua : hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani yang sewajarnya. Kalau tubuh jasmani boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Bila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan sahaja akan sakit dan buta malah akan mati akhirnya. Santapan rohani itu ialah “ zikrullah”, “nasihat” dan “muhasabah diri”.

Dari itu wahai kaum muslimin jaga dan peliharalah hati kita dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati iaitu dengan menggilap dan membersihkannya dengan jalan mengingati Allah Subhanahu Wataala. Sebagaimana yang diterangkan dalam Al-Quran surah Ar-Ra’d, ayat 28 :-

Tafsirnya :Iaitu orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah, ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Asy-Syu’araa’, ayat 88 – 89 :-

Tafsirnya :Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun. Kecuali harta benda dan anak pinak orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera dari syrik dan penyakit munafik.

Sumber: Khutbah Masjid Brunei Darussalam

22.10.09

Jadikan suasana kerja yang menyeronokkan

Bila sebut tentang keseronokkan bekerja, macam-macam respon yang dikeluarkan terutama suasana tempat kerja. Ada orang tak nak pindah. biar sampai pencen nak bekerja di tempatnya sekarang dan ada pula hendak tukar secepat mungkin kerana tidak sesuai dengan keadaan tempat kerjanya sekrang. Sebenarnya suasana kerja yang seronok atau tidak semuanya dicpita oleh kita sendiri, terpulanglah bagaimana kita hendak jadikan tempat kerja kita menyeronokkan atau tidak. Apa yang perlu diingatkan tempat kerja bakal mempengaruhi kehidupan kita kalau boleh pergi kerja kita senyum, hendak balik kerja pun kita senyum juga. Jangan pula kita asyik senyum hingga dianggap orang tidak siuman pula hehehe...

Allah berikan kita akal fikiran yang membezakan dengan makluk yang lain. Gunalah akal ini untuk mencipta suasana kerja yang menyeronokkan.

Ibadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan hamba kepada Allah. Ibadah memberikan kesan yang mendalam di dalam perhubungan sesama manusia dengan Allah dan makhluk yang lain. Menurut pandangan ulama’, ibadah merupakan setiap seuatu yang disukai dan diredhai oleh Allah.

Ia meliputi ibadah umum dan ibadah khusus. Ibadah khusus yang terdapat di dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji serta amalan-amalan lain yang dilaksanakan untuk mendapat keredhaan Ilahi dan dalam mengamalkan syariatNya adalah termasuk dalam pengertian ibadah. Bertitik tolak dari pengertian inilah, Islam menetapkan supaya seluruh hidup manusia dipelihara agar menjadi ibadah dan taat kepada Allah SWT seperti firman Allah yang bermaksud:

Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mebgabdikan diri kepadaKu. (Surah al-Dzariyyat: 51)

Antara cara-cara untuk menjadikan kerja sebagai ibadat adalah :

Tiada penyelewengan:

Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh punch card, CCTV dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang dan lain-lain perbuatan negatif kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran ketika sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.

Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja:

Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat apalagi memfitnah sesama rakan sekerja. Cinta dunia adalah "big boss (kepala)" kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.

Taat Orang Atasan, Hormat Orang Bawahan:

Orang yang ikhlas akan mentaati atasannya selagi perintah, teguran dan keputusan atasannya tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan bermakna untuk mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham pemimpin adalah "khadam ummah" bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.

Yakin dan Berani Memberi Pendapat dan Pendirian:

Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati dan bukan "ambil hati". Dan dia bertanggungjawab atas pendiriannya, bukan bersifat "lempar batu sembunyi tangan".

20.10.09

Papa…, Bacakan cerita ini!

MALAM itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis - mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan padamesyuarat tiga hari akan datang.Baru nak mula, anak tunggal saya, Sarena, 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dia membawa sebuah buku. Saya jerling, nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja."Papa... bacakan cerita ni. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak dengar," kata Sarena menghulurkan buku bergambar itu pada saya."Buku baru ya?" saya bertanya basa-basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Sarena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibeli ibunya pagi tadi."Papa sibuk... lain kali boleh tak?" saya memujuk. Sarena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya. Tapi saya benar-benar sibuk."Bolehlah papa... sekejap aja. Ceritanya sedap..." rengek Sarena enggan mengalah."Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca...""Mama basuh pinggan. Aiaaaa... bacalah, papa!" Sarena merengek sambil menghentak-hentak kaki ke lantai. Nyata dia tak mudah mengalah."BUDAK INIIII...!!! Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!" saya jerkah permata hati saya itu. Sarena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Sarena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara: "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk.Masa terus berlalu... seminggu, dua minggu namun kesibukan saya bertambah. Setiap kali pulang, Sarena tidak merengek minta dibacakan cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.Pagi minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Sarena menik-mati sarapan bersama,. saya perhatikan buku itu masih dipegang-nya."Mama dah baca, seronok papa," kata Sarena. Saya mengangguk sambil tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" riba-tiba Sarena bertanya."Mama dah baca, okeylah tu!" balas saya. Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan."Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya!" katanya. Saya mengangguk.Selesai makan, saya capai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Sarena.

Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar.Konsentrasi saya cuma terganggu sekctika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar. Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar. Saya segera menjenguk. Jiran-jiran menjerit-jerit mengatakan Sarena dilanggar kereta. Saya panik. Sempat berfikir, bila masa pula dia keluar, tadi ada kat dapur!Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sesungguhnya khabar itu benar, Sarena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memccut ke hospital.Darah membasahi pakaian Sarena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya."Ina...! Inaaaa...!! Inaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya di pangkal telinga Sarena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat."Papa... mama... Ina takut. Ina sayang papa... Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Sarena antara dengar dan tidak sambil cuba membuka matanya yang dipenuhi darah. Saya kesat darah itu dengan tisu, namun sekadar cuma.. Darah kembali memenuhi wajahnya.Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut.

Di hospital, Sarena ditempatkan di bilik ICU ekoran keparahan cederanya.Masuk hari kedua, keadaan Sarena tak berubah. Dia masih tak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah, lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Sarena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah.Mungkin Sarena tak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu di telinga Sarena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya ter-hadap Sarena sejak seminggu lalu.Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Sarena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukannya.Bacaan saya terhenti. Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Sarena memejamkan semula matanya - pejam buat selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Sarena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya."Papaaaa... nanti papa bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya..." kata-kata Sarena terngiang-ngiang di telinga saya hingga ke hari ini, walaupun setahun telah berlalu

Hingga kini saya masih tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah?Saya tidak dapat menjawab, selain air mata yang tumpah.

Posted in CORETAN IKHTIBAR

19.10.09

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujud ku

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.
Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan.
Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"Malaikat-malaikat itu menjawab:"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah.
Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.
Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lamalagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...
***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s.a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Sumber: Mastika, Mei 2006

15.10.09

Semoga Berjaya..

“Mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang” pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim.Peribahasa Melayu ada mengatakan “ Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”,begitu juga dengan kejayaan , tidak mungkin akan dapat diperolehi dan dikecapi tanpa adanya usaha dan pengorbanan.bak kata pepatah Arab “Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan”. Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil akan berlaku.

Dalam Islam , kita dapati banyak ayat Al Quran dan hadis yang menyarankan umatnya agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat. Usaha dan amalanlahyang menjadi perkara yang dinilai oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud :

Dan katakanlah wahai Muhammad “ Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .”

Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud : Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10 .

Rasulullah s.a.w. menyatakan dalam satu hadis yang pencari kayu api lebih baik dan lebih mulia daripada peminta sedekah .Baginda juga mengatakan dalam hadis yang lain , orang yang berusaha untuk menyara diri dan keluarganya seperti orang yang berjuang di jalan Allah .

Dalam menentukan usaha yng dilakukan membuahkan kejayaan yang diharapkan , beberapa perkara perlu diperhati dan dilaksanakan .Antaranya :

A. Doa

Doa mungkin dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah orang ,tetapi bagi orang yang mengaku dirinya Islam , doa merupakan antara medium yang paling berkesan dalam menentukan arah tuju kehidupan . Boleh dikatakan setiap detik kehidupan seharian kita , ada doa-doa yang tertentu. Sabda Rasulullah yang bermaksud “ Doa itu merupakan ibu segala ibadat” , “ Doa itu senjata orang yang beriman” , “ Qadha’yang ditentukan Allah tidak boleh diubah melainkan dengan doa”
Berdoa juga merupakan symbol keakraban hubungan seseorang hamba dengan Penciptanya dan tanda memohon pertolongan daripada yang Maha Kuasa.

B. Tidak Mudah Berputus Asa

Sekali gagal tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya, sebaliknya kita hendaklah menjadikan kegagalan itu sebagai pedoman dan iktibar untuk memperbaiki kelemahan yang ada seterusnya mencapai kejayaan yang diingini.Andaikata kita membaca riwayat hidup tokoh-tokoh terkenal dunia kita akan dapati mereka juga menghadapi kegagalan pada permulaan usaha mereka,namun dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa mereka akhirnya berjaya sepertimana yang berlaku kepada adik beradik Albur dan Wilbur dalam usaha mereka mencipta kapal terbang.
Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 87 yang bermaksud “ Jangan kamu berputus asa dalam mencacri nikmat dan rahmat Allah kerana hanya orang kafir sahajalah yang akan berputus asa daripada rahmat Allah”

C. Istiqamah

Salah satu faktor yang juga penting untuk menjayakan sesuatau usaha ialah istiqamah . Istiqamah membawa maksud tetap dan berterusan dalam melakukan sesuatu perkara . Orang yang istiqamah akan mempunyai disiplin diri yang tinggi yang juga merupakan faktor yang penting bagi sesuatu kejayaan .Sebab itu Allah telah memerintahkan RasulNya agar beristiqamah dalam menyampaikan dakwah .sebagaimana firmanNya dalam Surah As Syura ayat 15 yang bermaksud “ Maka serulah ( mereka kepada agama Allah ) dan tetaplah ( Istiqamah ) sebagaimana yang diperintahkan kepadamu”

D. Tawakal

Tawakal didefinisikan sebagai berserah kepada Allah dalam menentukan sesuatu perkara setelah dilakukan segala usaha dan ikhtiar.Tawakal melambangkan penyerahan diri seorang hamba yang lemah kepada Penciptanya yang maha mengetahui dan Maha Berkuasa .
Sifat tawakal perlu dan penting kerana ianya akan menjadukan seseorang itu tenang dalam menghadapi dugaan dan cabaran diamping menjadikannya lebih tabah dan kental.
Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 23 yang bermaksud “ Hendakalah kamu bertawakal kepada Allah sekiranya kamu orang yang beriman” , Dalam Ali Imran ayat 159 yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal kepada Nya.

E. Ihsan

Ihsan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasululah dalam Hadis Jibril iaitu beribadat kepada Allah seolah-olah kita melihatnya dan sekiranya kita tidak melihatNya , sesungguhnya Allah sentiasa melihat dan memerhatikan kita. Dalam erti kata yang lain kita melakukan usaha yang terbaik yang dapat dilakukan untuk mendapat keredaan Allah.Malangnya kita selalu mengabaikan sikap ihsan sedangkan kita perhatikan orang bukan Islam ada mengamalkan sifat ini dalam kehidupan mereka contohnya orang Jepun yang mana mereka mengamalkan “Kaizen”satu sikap yang membawa maksud yang hamper sama dengan ihsan yang dianjurkan oleh Islam.

F. Sabar

Sabar juga aspek yang tidak kurang penting dalam membantu untuk mencapai kejayaan . Ini kerana kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi sebaliknya untuk mendapat kejayaan pelbagai halangan dan dugaan harus ditempuhi. Halangan dan dugaan ini dapat diatasi dengan adanya sifat sabar.Dalam Alquran terdapat lebih 70 tempat yang menceritakan tentang sabar , antaranya firman Allah dalam surah Al Qasas ayat 54 yang bermaksud “ Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka” . Dalam Surah AzZUmar Ayat 10 yang bermaksud “ sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batasan”.Firman Allah juga dalam surah Al Anfaal ayat 46 yang bermaksud “ Bersabarlah kerana Allah bersama orang yang bersabar”. Tidak syak lagi orang yang Allah berada bersama dengannya akan mendapat kejayaan.

G. Tidak bertangguh/ Menjaga masa

Melakukan usaha dengan perancangan yang rapi tanpa membazirkan masa , tenaga dan wang ringgit adalah satu jaminan untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Pepatah juga ada mengatakan masa itu emas . Ini menunjukkan bahawa masa itu sangat berharga dan perlu dirancang untuk perkara –perkara yang terbaik
Firman Allah dalam surah al Asr ayat 1-3 yang bermaksud “ Demi masa , sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian , kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh , dan nasihat menasihati dalam perkara kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran “

H. Menjaga kesihatan

Kesihatan mental dan fizikal sangat penting kepada seseorang . Tanpa kesihatan fizikaldan mental, kejayaan tidak akan dapat dicapai .Pepatah mengatakan “ Akal yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat.Ibadat dalam Islam seperti solat , puasa ,haji merupakan satu bentuk riadah untuk menyihatkan jasmani dan rohani.
Setiap kejayaan memerlukan usaha yang gigih dan tekun untuk mencapainya. Kejayaan tidaka akan menjelma dengan sendiri. Oleh itu kita perlulah melakukan usaha yang dapat melepasi halangan untuk sampai kepada kejayaan yang diinginkan.

Posted in Features

14.10.09

Dibenci tanpa sebab

Maaf seandainya apa yang saya perkatakan nanti tidak membantu..hanya sekadar muzakarah dan muhasabah diri antara kita.....Jangan bertanya bagaimana rasanya sakit hati. Jangan pula bertanya siapa yang membuat hati terasa pedih, sedih dan pilu. Sulit diungkapkan,tapi sangat jelas menyayat dada bahagian dalam. Sakit hati adalah sakit dari segala sakit. Mungkin kita semua pernah mengalaminya.

Kenapa orang suka menyakiti hati rakan mereka tanpa sebab... adakah pertanyaan dan soalan yang amat pedih untuk didengari atau perkataan kesat yang dilemparkan menyebabkan kita membenci orang...Saya tidak layak untuk meletakkan hukum pada mereka yang suka menyakiti hati rakan tetapi percayalah Islam tidak pernah membenarkan perkara ini berlaku. Saya amat sedih dengan sikap dan perbuatan orang seperti ini kerana mereka tidak pernah rasa bersalah dan menyesal menyakiti hati orang lain. Tahukah mereka bagaimana sakitnya perasaan orang yang mereka sakiti?

“ Ya Allah, sebelum ini aku suka bercakap perkara yang menyakitkan hati kawan, sekarang aku sudah meninggalkan kata-kata yang tidak baik itu keranaMu, Ya Allah!Ya Allah, aku lakukan ini semua kerana mengharapkan belas kasihan dan redaMu.Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku selama ini. Lembutkanlah hati kawan-kawanku agar mereka dapat menerimaku.Wahai Tuhan yang memiliki hati-hati manusia dan berkuasa membolak-balikkan hati-hati manusia, tetapkanlah hatiku dan kawan-kawanku di atas agamaMu dan mentaatiMu.Wahai Tuhan yang Maha Mendengar rayuan hamba-hambaNya, Engkaulah yang Maha Memahami diriku dan usaha-usahaku selama ini untuk memperbaiki diri.Sekiranya perkara yang menyakiti hati dari kawan-kawanku itu boleh mengkaffarah dosa-dosaku, maka aku reda Ya Allah dengan apa jua ketentuanMu.Ya Allah, adakah Engkau redha dengan apa yang kulakukan? Sekiranya Engkau memandangku dengan redha dan penuh kasih sayang serta sudi mengampunkan dosa-dosaku yang lalu, maka cukuplah Engkau bagiku.Ya Allah, sekiranya Engkau tidak murka atasku atas perbuatan mereka yang menyakitiku, maka aku tidak peduli lagi apa sahaja tindakan mereka.Ya Allah, cukuplah Engkau sebagai sebaik-baik temanku.”

Dalam hal pergaulan dengan kawan-kawan, Islam telah menggariskan adab berkomunikasi dan berinteraksi yang cukup sempurna sesama manusia. Setiap tutur kata yang diluahkan biarlah ia mencerminkan akhlak kita sebagai seorang Islam. Kenapa perlu kita bercakap menyendir dan memperlekeh orang lain, bukankah itu akan menyebabkan saudara kita tersinggung dan berkecil hati.

Berusahalah menjadi insan yang baik, sopan, bijak, berbudi pekerti dan boleh dipercayai. Berkomunikasi secara efektif adalah sangat penting. Ungkapkan sesuatu yang benar, meskipun ianya pahit untuk didengari atau diterima orang lain, tetapi biarlah ungkapan itu manis, lembut dan berhikmah. Hal itu sangat membantu orang lain mengerti dan berusaha untuk tidak melakukan tindakan yang mungkin boleh menyakiti hati orang lain.

Hal paling utama yang harus kita lakukan adalah belajar memaafkan kesalahan orang lain kerana memaafkan adalah hal paling baik dalam sebuah hubungan.

Lihatlah firman Allah tentang HATI ...

Firman Allah yang bermaksud: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya. " (Asy - Syams: 9)

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersih diri (dengan beriman ). Dan dia ingat nama tuhannya lalu dia sembahyang." (Al - A'la: 14 - 15)

"Pada hari itu, tidak berguna lagi harta anak-anak. Kecuali mereka yang pergi menghadap Allah membawa hati yang selamat." (Asy - Syuara: 88-89)

Pada saudara-saudara ku yang mengalami nasib ini, bersabarlah dengan ujian dan dugaan ini dengan hati yang terbuka. " Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang bersabar" (surah Al-Baqarah :153 )

wallahu'alam.....

11.10.09

DOA UNTUK ANAK SOLEH

SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

SURAH ALI-IMRAN AYAT 38

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
At that time Zakariyya invoked his Lord, saying: “O my Lord! Grant me from You, a good offspring. You are indeed the All-Hearer of invocation.”
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”.

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ
“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(Doa Nabi Ibrahim ini dimakbulkan oleh Allah SWT. Baginda mendapat anak lelaki yang soleh dan penyabar iaitu Nabi Ismail a.s)

DOA AGAR ANAK2 MENGERJAKAN SOLATSURAH IBRAHIM (14) AYAT 40

رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
“O my Lord! Make me one who performs Salah, and (also) from my offspring, our Lord! And accept my invocation.”
Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

DOA MELEMBUTKAN HATI ANAK2 YG NAKALSURAH TAHA AYAT 1-6
طه
1. Ta Ha
مَآ أَنَزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْءَانَ لِتَشْقَى
2. We have not sent down the Qur’an unto you to cause you distress,
إِلاَّ تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى
3. But only as a Reminder to those who fear (Allah)
تَنزِيلاً مِّمَّنْ خَلَق الاٌّرْضَ وَالسَّمَـوَتِ الْعُلَى
4. A revelation from Him Who created the earth and high heavens
الرَّحْمَـنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى
5. The Most Gracious Istawa the Throne
لَهُ مَا فِي السَّمَـوَتِ وَمَا فِي الاٌّرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا وَمَا تَحْتَ الثَّرَى
6. To Him belongs all that is in the heavens and all that is on the earth, and all that is between them, and all that is under the soil

DOA AGAR DIBERI ZURIAT YG MENYEJUKKAN HATI

SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
“Our Lord! Bestow on us from our wives and our offspring the comfort of our eyes, and make us leaders of those who have Taqwa.”
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

AJARKAN ANAK-ANAK DOA UNTUK IBUBAPA

SURAH IBRAHIM (14) AYAT 41

رَبَّنَا اغْفِرْ لِى وَلِوَالِدَىَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
“Our Lord! Forgive me and my parents, and (all) the believers on the Day when the reckoning will be established.”
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

10.10.09

Kehidupan Adalah Satu Perjalanan

Tak seorang pun tahu apa yang akan terjadi beberapa jam lagi, bahkan beberapa detik ke depan. Waktu terus berlalu seiring perjalanan hidup seseorang menuju kematiannya. Bergantinya hari mendekatkannya pada saat yang telah ditetapkan itu.Inilah kehidupan yang pendek dan menipu, di mana daya tarik duniawi amat mempersonakan dan sangat menjanjikan suatu keseronokan yang sementara akan ditinggalkan. Namun kenyataannya manusia akan kembali kepada penciptanya dan akan tinggal di akhirat buat selama-lamanya.

Hari akhirat, hari setelah kematian yang wajib diyakini kebenarannya oleh setiap orang yang beriman kepada Allah ta’ala dan kebenaran agama-Nya. Hari itulah hari pembalasan semua amal perbuatan manusia, hari perhitungan yang sempurna, hari ditampakkannya semua perbuatan yang tersembunyi sewaktu di dunia, hari yang pada waktu itu orang-orang yang melampaui batas akan berkata dengan penuh penyesalan.

يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي

“Duhai, alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini.” (Qs. Al Fajr: 24)

Maka seharusnya setiap muslim yang mementingkan keselamatan dirinya benar-benar memberikan perhatian besar dalam mempersiapkan diri dan mengumpulkan bekal untuk menghadapi hari yang kekal abadi ini. Karena pada hakikatnya, hari inilah masa depan dan hari esok manusia yang sesungguhnya, yang kedatangan hari tersebut sangat cepat seiring dengan cepat berlalunya usia manusia. Allah ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Qs. Al Hasyr: 18)

Dalam menafsirkan ayat di atas Imam Qotadah berkata: “Senantiasa tuhanmu (Allah) mendekatkan (waktu terjadinya) hari kiamat, sampai-sampai Dia menjadikannya seperti besok.” (Dinukil oleh Ibnul Qayyim dalam kitab beliau Ighaatsatul Lahfan (hal. 152 – Mawaaridul Amaan). Beliau (Abu Qatadah) adalah Qotadah bin Di’aamah As Saduusi Al Bashri (wafat setelah tahun 110 H), imam besar dari kalangan tabi’in yang sangat terpercaya dan kuat dalam meriwayatkan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. (lihat kitab Taqriibut Tahdziib, hal. 409)

Semoga Allah ta’ala meredhai sahabat yang mulia Umar bin Khattab radhiyallahu ‘anhu yang mengingatkan hal ini dalam ucapannya yang terkenal: “Hisab-lah (introspeksilah) dirimu (saat ini) sebelum kamu di-hisab (diperiksa/dihitung amal perbuatanmu pada hari kiamat), dan timbanglah dirimu (saat ini) sebelum (amal perbuatan)mu ditimbang (pada hari kiamat), karena sesungguhnya akan mudah bagimu (menghadapi) hisab besok (hari kiamat) jika kamu (selalu) mengintrospeksi dirimu saat ini, dan hiasilah dirimu (dengan amal shaleh) untuk menghadapi (hari) yang besar (ketika manusia) dihadapkan (kepada Allah ta’ala):

يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لا تَخْفَى مِنْكُمْ خَافِيَةٌ

“Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Allah), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi-Nya).” (Qs. Al Haaqqah: 18). (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab beliau Az Zuhd (hal. 120), dengan sanad yang hasan)

Senada dengan ucapan di atas sahabat yang mulia Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata: “Sesungguhnya dunia telah pergi meninggalkan (kita) sedangkan akhirat telah datang di hadapan (kita), dan masing-masing dari keduanya (dunia dan akhirat) memiliki pengagum, maka jadilah kamu orang yang mengagumi/mencintai akhirat dan janganlah kamu menjadi orang yang mengagumi dunia, karena sesungguhnya saat ini (waktunya) beramal dan tidak ada perhitungan, adapun besok (di akhirat) adalah (saat) perhitungan dan tidak ada (waktu lagi untuk) beramal.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Az Zuhd (hal. 130) dan dinukil oleh Imam Ibnu Rajab Al Hambali dalam kitab beliau Jaami’ul ‘uluumi wal hikam (hal. 461)).

Jadilah kamu di dunia seperti orang asing…

Dunia tempat persinggahan sementara dan sebagai ladang akhirat tempat kita mengumpulkan bekal untuk menempuh perjalanan menuju negeri yang kekal abadi itu. Barangsiapa yang mengumpulkan bekal yang cukup maka dengan izin Allah dia akan sampai ke tujuan dengan selamat, dan barang siapa yang bekalnya kurang maka dikhawatirkan dia tidak akan sampai ke tujuan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan kepada kita sikap yang benar dalam kehidupan di dunia dalam sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang melakukan perjalanan.” (HR. Al Bukhari no. 6053)

Hadis ini merupakan bimbingan bagi orang yang beriman tentang bagaimana seharusnya dia menempatkan dirinya dalam kehidupan di dunia, kerana orang asing (perantau) atau orang yang sedang melakukan perjalanan adalah orang yang hanya tinggal sementara dan tidak terikat hatinya kepada tempat persinggahannya, serta terus merindukan untuk kembali ke kampung halamannya. Demikianlah keadaan seorang mukmin di dunia yang hatinya selalu terikat dan rindu untu kembali ke kampung halamannya yang sebenarnya, iaitu syurga tempat tinggal pertama kedua orang tua kita, Adam ‘alaihis salam dan isterinya Hawa, sebelum mereka berdua diturunkan ke dunia.

Dalam sebuah nasihat tertulis yang disampaikan Imam Hasan Al Bashri kepada Imam Umar bin Abdul Azizi, beliau berkata: “…Sesungguhnya dunia adalah negeri perantauan dan bukan tempat tinggal (yang sebenarnya), dan hanyalah Adam ‘alaihis salam diturunkan ke dunia ini untuk menerima hukuman (akibat perbuatan dosanya)…” (Dinukil oleh Ibnul Qayyim dalam kitab beliau Ighaatsatul Lahfaan (hal. 84 – Mawaaridul Amaan)

Marilah kita tanya kepada diri kita sendiri: sudahkah kita mempersiapkan bekalan yang secukupnya untuk dibawa bersama dalam perjalanan ke alam akhirat? Kalau jawabannya: belum, maka jangan putus asa, masih ada waktu untuk mengubah dan memperbaiki segala kekurangan kita -dengan izin Allah ta’ala- . Caranya, bersegeralah untuk kembali dan bertaubat kepada Allah, serta memperbanyak amal kebajikan pada sisa umur kita yang masih ada. Semoga Allah memberi taufik dan hidayah-Nya pada kita semua dan memelihara kita dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh-Nya.

9.10.09

Sahabat

Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan.Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda.

Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu. Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.

Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan. Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.

Sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya sahaja yang dapat mengecapi kenikmatan dan kekusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w nyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham.

Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata? Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredhaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat merasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.

Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang yang berkawan dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)“Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatu-padukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Anfal: 63).

Ia hanya wujud dalam alam kehidupan yang dibina atas nama Iman dan Islam. Maka kita akan lihat kesetiaan antara para pejuang Islam yang ikhlas sepanjang sejarah penuh dengan keajaiban. Mereka hapuskan dalam dairi hidup mereka perkataan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan “aku kasihkan engkau kerana Allah”.

Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Samada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagiNya, iaitu Allah s.w.t. Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraish yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan –ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: “Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu”.

Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku”. Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Ya! Kasih yang mengharapkan hanya ganjaran Allah. Inilah kasih para pejuang yang sebenar antara mereka.
Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan RasulNya. Alangkah indahnya suasana ini.

Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: (maksudnya) ”Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Mereka menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Adapun orang-orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang” (Surah al-Hasyar 8-10).

Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan merasa manisnya perjuangan yang mereka bawa. Ini kerana mereka jelas matlamat yang hendak dituju dan jalan yang hendaklah dilalui. Bebas dari kepentingan diri, yang tinggal hanya kepentingan cita-cita yang suci. Maka tidak ada cerita jatuh-menjatuh antara mereka kerana jawatan dan pangkat.

Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredhaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredhaan itu dicapai dengan sering tolong menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.

Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.

Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah.

Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah redha, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan.

Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) “Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa” (Surah al-Zukhruf: 67). Ya, seperti mana di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Hidup didunia ini akan menjadi cantik, jika sekiranya kita berkeinginan untuk merealisasikannya maka carilah perjuangan yang berprinsip dan diredhai Allah kerana kehidupan di dunia ini adalah perjalanan ke akhirat yang kekal abadi.

8.10.09

Kawan Ku Kahwin Seorang Lagi Ke?

Entah apakah yang menarik bercerita mengenai poligami. Hari ni tiba-tiba aje aku ditanya mengenai hal ini. Kenapa wanita tidak dapat menerima orang kedua dalam hidup mereka? Kadang-kadang bila difikirkan, ada betul juga kerana orang lelaki ni selalu tidak menunjukkan suatu sifat yang benar-benar menjadi ikutan dan contoh yang baik pada isteri.
Seorang guru perempuan bertanya : "Tau tak sapa cikgu lelaki yang kahwin lagi seorang." Saya menjawab : "Tak tau la pula, sapa yang buat cerita ni, tapi kalau dia mampu tak apa kot. " Aduh... hari ni asyik sembang pasal benda ni aje.

Dalam Islam banyak perkara yang perlu kita teliti dalam mencari jodoh ni.

Sabda Rasulullah: "Wanita itu dinikahi kerana empat sifat: kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana kebaikan akhlaknya dan kerana agamanya. Kahwinilah wanita yang baik penghayatan agamanya, sudah tentu engkau akan mendapat ketenteraman."

Hadis Rasulullah tentang ciri-ciri isteri yang baik: "Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas bertakwa kepada Allah selain daripada isteri yang solehah; jika disuruh oleh suami ia taat, jika suami melihat kepadanya ia menyenangkan; jika dicumbuinya ia dapat membuktikan kesucian dirinya dan jika ditinggalkan pergi oleh suaminya ia akan menjaga diri dan harta suaminya."

Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah Rasulullah bersabda: "Janganlah kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya semata-mata, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya; janganlah kamu berkahwin dengan wanita kerana hartanya, kerana kekayaan itu akan membuatnya derhaka. Kahwinilah seorang wanita kerana agamanya kerana sesungguhnya seorang hamba perempuan berkulit hitam dan cuping telinga berlubang besar yang baik penghayatan agamanya lebih baik dikahwini."

Al-Quran surah al-Baqarah ayat 221, bermaksud: "Janganlah kamu berkahwin dengan wanita-wanita musyrik sehinggalah mereka beriman. Dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman adalah lebih baik daripada wanita musyrik sekalipun ia menarik hati kamu."

Seperti yang saya katakan kebanyakan hadis dan al Quran banyak memberi panduan kepada lelaki dalam memilih dan menilai calon isteri, Tapi mengikut sejarah Rasulullah, wanita berhak memilih mana-mana lelaki yang disukainya untuk dijadikan bakal suami seperti yang diperkatakan dalam hadis baginda..

Rasulullah saw bersabda, "Seorang janda tidak boleh dinikahi hingga diajak musyawarah dan bila seorang gadis tidak boleh dinikahi hingga ia mengizinkan (persetujuan) nya dan tanda persetujuan seorang gadis adalah diam (ketika ditanya)." (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Saya harap komen saya ini tidak menyinggung mana-mana pihak... Kita semua sedia maklum, bahawa wanita mempunyai citarasa yang berbeza berbanding lelaki. Ini dapat dibuktikan dengan pemilihan pakaian, alat solekan, barang keperluan. Wanita begitu prihatin dan dengan padanan baju. Perbezaan antara beg tangan wanita dan dompet lelaki menunjukkan kejadian wanita yang kompleks, dan pada saya ini juge berlaku dalam pemilihan suami. Oleh sebab itu jawapan umum yang diberikan oleh Rasulullah seperti hadis di atas adalah bersesuaian..

Pada pendapat saya, sekiranya wanita diberikan hak untuk berpoligami, sudah tentu ramai lelaki yang mempunyai madu..Saya rasa ade hikmahnye hak poligami diberikan kepada lelaki..

Cara yang paling tepat untuk memilih suami yang baik iaitu dengan mengetahui latar belakang kehidupannya. Di zaman Rasulullah saw, untuk mengetahui keadaan calon suami, orang tua atau wali akan bergaul langsung untuk mengenali lelaki tersebut. Umpamanya Rasulullah saw tidak memilih Ali untuk puterinya Fatimah, kecuali baginda mengetahui akhlak dan agamanya. Buat semua muslimat sekalian, kenali latar belakang bakal suami anda dahulu, pandang dengan iman, tidak pada nafsu harta dan kekayaan.

Polemik antara hukum agama, adat dan emosi manusia nyata memberi kekeliruan kepada sebahagian umat Islam, apatah lagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Islam.Apakah pantas hukum yang dibenarkan Allah boleh dicantas oleh mulut manusia hanya sekadar mahu membela atau menjaga hak asasi wanita?Apakah buruk sangat poligami sehingga wanita begitu 'jijik' dan meluat apabila ada golongan lelaki menyebut istilah itu?Keharusan poligami jelas terkandung dalam al-Quran tetapi segelintir umat Islam sukar menerimanya sehingga menganggap ia 'jerat kehidupan'.Islam satu-satunya agama di bumi yang membenarkan poligami secara bersistem manakala agama dan fahaman lain tidak, malah masyarakat bukan Islam melihatnya sebagai menindas golongan wanita.Tetapi, hairanlah apabila membabitkan aktiviti persundalan, menyimpan wanita dan gejala sosial, ia seperti satu restu.

Poligami adalah perkataan Greek (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy), merujuk kepada perkahwinan seorang lelaki dengan lebih seorang isteri dan dalam Islam, ia dibenarkan sehingga empat isteri dalam suatu masa."Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)

Pada zaman Jahiliyah, poligami berlaku tanpa batasan dan ketika itu lelaki mempunyai ramai isteri, malah ada yang mempunyai ratusan isteri."Apabila Ghailan ats-Tsaqafi memeluk Islam, dia mempunyai 10 isteri. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya: Pilihlah dari isteri-isterimu itu empat orang saja dan ceraikanlah yang selebihnya itu."Riwayat ini dikeluarkan oleh Imam Syafie, Imam Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Abu Syaibah, Daruqutni dan Baihaqi, seperti diterangkan dalam kitab Halal dan Haram Dalam Islam, karya Dr Yusuf al-Qardawi.Pihak yang membantah poligami perlu faham, ia hukum agama. Justeru, apabila berbicara atau memberi pendapat, mereka perlu berhati-hati.

Walaupun Islam membenarkan poligami, bukanlah bermakna ia boleh diamalkan sesuka hati, sehingga mengakibatkan kezaliman di pihak wanita. Al-Qardawi dalam kitab terbabit menjelaskan, syarat yang ditetapkan Islam mengenai poligami ialah berlaku adil terhadap dua isterinya atau lebih dalam makan minum, pakaian, rumah, tempat tidur dan nafkahnya."Barangsiapa yang tidak yakin dirinya dapat menunaikan hak-hak itu, haramlah baginya berkahwin lebih dari seorang isteri," katanya.

Menurut seorang ulama Amerika Utara, Syeikh Muhammad Nur Abdullah, poligami dibenarkan Islam dan bukannya untuk disalah guna."Ia hanya dibenarkan kepada sesiapa yang mampu melayani semua isterinya dengan adil dan saksama," katanya melalui laman Islamonline.Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim) Condong sebelah yang diancam dalam hadis itu ialah disebabkan keremehan terhadap hak isteri-isteri, bukannya kerana kecenderungan hati kepada mereka kerana kecenderungan hati tidak dikategorikan dalam keadilan.

Amalan poligami adalah ubat bagi menangani masalah umat manusia. Oleh kerana kebaikan itu, Islam memutuskan ia suci."Dan siapa lagi yang hukumnya lebih baik daripada hukum Allah, bagi kaum yang menyakini." (Al-Quran, surah al-Maidah:50)Tetapi peraturan suci lagi baik inilah yang ditolak oleh Barat dan konconya, sehingga ia kelihatan janggal untuk bertapak di dalam masyarakat Islam sendiri, manakala norma yang bukan-bukan mendapat tempat pula. Pada rakan-rakan yang mempunyai niat suci ini, perlu tanya diri sendiri dahulu mengenai erti berkemampuan. Jangan terlalu inginkan ikut sunnah, ditakuti ia menjerat diri kita sendiri. Percayalah buatlah sesuatu perkara mesti kerana Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Wa'allah hu aklam

5.10.09

Zuriat Harapan Ummah

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w :

" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".

Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.

Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali - Imran ayat: 38

Yang bermaksud : Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.

Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak

Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.

Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah

Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.

Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :

Yang bermaksud : “ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam ”.

Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak

Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

مَا مِنْ شَىْءٍ أَثْقَلُ فِىْ مِيْزَانِ الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ
( رواه أبو دأود والترمذي )
Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia ”.

Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal

Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :

Yang bermaksud : “ Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ”.

Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya. Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna.

Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insan yang sempurna dan merupakan modal insan yang akan memainkan peranan untuk membangun ummah dan negara.

Maksudnya : “ Dan orang orang yang berkata: " wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

Dengan doa dan kesabaran mendidik, moga kita dapat melahirkan anak yang soleh yang menjadi impian dan harapan ummah. Anak merupakan permata yang tidak ternilai, maka hiasilah permata ini agar menjadi contoh dan tauladan sahsiah muslimin yang sejati.

4.10.09

Keperibadian Individu Islam

Sayyidina 'Umar Ibnu Al-Khattab r.a telah berpesan : " Jadilah kamu orang-orang yang lebih berwaspada terhadap pekerjaan-pekerjaan maksiat daripada kewaspadaan terhadap musuh. Sesungguhnya dosa-dosa tentera Islam lebih ku bimbangi ke atas mereka daripada musuh mereka. Dan sesungguhnya umat Islam itu mendapat pertolongan Allah kerana kemaksiatan dari musuh mereka. Ketahuilah bahawa kamu disepanjang perjalanan kamu. Oleh itu janganlah kamu mengerjakan perkara-perkara yang dimurkai Allah, sedang kamu berjihad pada jalan Allah."

Islam akan terus berkembang dan disegani selagi umat Islam sendiri berada dalam jiwa yang bersih iaitu bersih dari keaiban dan penyakit diri sendiri. Jika dilihat masa kini ramai manusia menganut agama Islam tetapi adakah mereka ini berkualiti (taat dan patuh perintah Allah)?

Jalan untuk menegakkan kebenaran agama suci ini bukanlah senang, tetapi sekiranya setiap dari kita mempunyai sahsiah muslimin sejati akan menghindarkan kita dari menempuh cabaran dan anasir-anasir yang boleh menyesatkan diri.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud :" Wahai orang-orang beriman, kenapakah kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan? Sesungguhnya besar kemurkaan Allah lantaran kamu mengatakan apa yang kamu tidak kerjakan itu."

Setiap individu muslim harus menjadi contoh tauladan yang baik pada masyarakat. Keperibadian akan menarik orang bukan Islam untuk mendekati Islam. Di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat, keperibadian mereka menjadi tarikan yang besar manusia memeluk agama Islam tetapi kini zaman yang cukup maju dan moden umat Islam dilabelkan dengan perkara-perkara yang tidak baik dan amat memalukan. Corak dan gambaran ini menyebabkan Islam dianggap agama yang sukakan keburukkan dan keganasan. Siapa yang perlu mengubah persepsi ini? Kita yang mengaku (mengucap dua kalimah syahadah) Tiada Tuhan Disembah Melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah yang wajib mengambil peranan dakwah ini. Corak dan gambaran prinsip yang perlu dibawa mestilah mengubah tanggapan buruk yang dibuat oleh orang bukan Islam tentang Islam itu sendiri. Setiap langkah dan perbuatan haruslah mengikut kehendak dan peraturan agama, agar ia dapat membentuk sikap dan pandangan yang sempurna tentang Islam Adeen.

" Di hari akhirat (qiamat) nanti akan diperlihatkan segolongan penghuni neraka kepada segolongan ahli syurga. Maka bertanya golongan ahli syurga itu kepada ahli neraka : Apakah sebabnya kamu dimasukkan ke dalam neraka, padahal kami telah dimasukkan ke dalam syurga lantaran tunjukajar kamu kepada kami? Jawab mereka : Adalah kami telah menyuruh orang berbuat baik sedangkan kami sendiri tidak melakukannya. Dan kami telah melarang orang daripada kejahatan tetapi kami sendiri telah membuatnya."

2.10.09

Sujudku Pada-Mu Ya Rabbul Izzati

Ya Allah jangan kau ambil nafasku
Sebelum aku bersujud pada-Mu
Ya Allah panjangkan umurku
Agar dapatku beribadat pada-Mu

Ketika cinta bertasbih.. nadiku berdenyut merdu. Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta. Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang. Sujud syukur padamu atas segala cinta. Bisikkan doaku dalam butiran tasbih , walaupun aku sibuk dalam menguruskan urusan duniaku...jangan ditukar ganti dengan nilai yang amat berharga iaitu kasih sayang ibubapa dan kehadiran mereka dalam kehidupanku.

Fajar nanti tiba, aku akan mengucap syukur menjaga nyanyian atas nama-Mu. Penjahit boleh jadi kehabisan benang, tapi benang kerinduanku tidak akan habis untuk mengukap indahnya pesona dan zikir untuk-Mu. Bagaimana aku dapat memalingkan rasa rindu kepada-Mu, Ya Allah ampunkan aku, sesungguhnya terlalu banyak kesalahan dan dosa yang telah aku lakukan sehingga aku malu untuk berhadapan dengan-Mu. Engkau telah memberikan cinta kehidupan dunia kepadaku terlalu banyak sehingga kadang-kadang aku terlupa dari mana ia datang. Ya Allah... aku terlalu lemah dan alpa dalam setiap perbuatanku tetapi Engkau masih memberi nikmat dan kasih-Mu kepadaku.

Kening ini akan ku rapatkan di atas hamparan murni untuk bertemu dengan-Mu. Sujud dahi hamba mencecah ke bumi. Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi. Ya Rabbul Izzati … Hamba-Mu juga mengharapkan pertemuan dengan-Mu mendapat keredhaan dan limpahan yang abadi. Diri hamba ini mohon hidayah dan petunjuk dari-Mu. Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu. Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu.
Ya Allah..Aku takut akan murkaMu

Ketika Cinta Bertasbih....luruhnya airmata taubat gentarnya janji azab seksa balasan dosa perbuatan hambaMu.Ketika Cinta Bertasbih....muhasabah dalam sujud terasa kerdil dihadapanMu, namun ku masih inginkan syurga firdaus-Mu. Ketika Cinta Bertasbih....buku amalan ku terima dari tangan kiri atau kanan, kelulusan atau kegagalan akan menjadi percaturan dan kegelisahan diri ini.

Ya Allah..Aku takut akan murkaMu

Ya Allah..aku takut...azabMu..aku tidak mampu dengan api neraka-Mu. Aku tidak mampu menanggung seksaan-Mu...Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Engkaulah sahaja yang dapat menolong hamba-Mu ini dari segala azab di akhirat. Terimalah taubatku dan segala amal kebajikanku.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan lagi Maha Mengasihani.Segala pujian bagi Allah Tuhan pemerintah sekalian alam.

Ya Allah,ampunilah aku terhadap dosa yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang nyata, begitu juga dosa yang ku buat berlebih-lebihan, dan dosa yang mana Engkau amat mengetahui daripadaku.Engkaulah permulaan dan Engkaulah penyudahnya. Tidak ada Tuhan selain Engkau, wahai (Tuhan) yang membolak-balikkan sekalian hati, tetapkanlah hatiku atas (berpegang kepada) agama Engkau (Islam) dan atas menjunjung titah-Mu, Maha Suci Engkau.Sesungguhnya aku ini sebahagian daripada orang yang menzalimi diri. Ampunilah aku ya Allah, Tuhan Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.10.09

SPM Dah Dekat..

Peperiksaan Percubaan SPM sudah pun diduduki dan diketahui keputusannya oleh pelajar tingkatan 5. Berbagai -bagai perasaan dan harapan telah dilalui semasa membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Kini giliran untuk menghadapi peperikasaan SPM sebenar yang akan menjelang tidak lama lagi. Oleh yang demikian, pelajar masih sempat untuk memperbaiki dan menambahbaikan dalam usaha menuju kejayaan ini. Kejayaan yang diperolehi tidak akan dikecapi tanpa sokongan dan dorongan ibu bapa tersayang, guru-guru yang berdedikasi dan teman-teman yang sentiasa memberikan semangat. Nilai sebuah kejayaan adalah sangat berharga kerana ia memberi makna kepada semua guru-guru yang telah mengajar dan orang yang sentiasa memberikan dorongan dan semangat kepada anda untuk belajar.

Jalan menuju kejayaan dan kebahagiaan itu tidak ditaburi dengan bunga mawar yang mewangi melainkan onak dan duri. Sebenarnya tiada resepi khusus untuk berjaya kecuali kerja keras. Ia juga bergantung kepada keinginan murid untuk berjaya. Harus diingatkan bahawa seseorang itu perlu mempunyai disiplin dan motivasi diri untuk berjaya. Sikap malas harus dikikis dari jiwa murid-murid. Jangan sesekali menyalahkan orang lain atas kegagalan kita sendiri dan jangan putus asa apabila kita gagal. Semua murid harus cuba dan cuba lagi kerana menurut pujangga barat William A Ward, “kegagalan yang terbesar ialah kegagalan untuk mencuba”. Oleh itu saya ingin menasihati semua murid, supaya sedar akan kepentingan pelajaran sebelum terlambat. Anda masih mempunyai masa untuk merubah nasib. Janganlah, anda mensia-siakannya begitu sahaja.

Sesungguhnya masa itu amat berharga. Usahlah di sia-siakan peluang yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang merugikan anda. Jika bijak menguruskannya, semuanya akan berjalan dengan lancar. Ini akan membantu mengatasi pelbagai tekanan dalam menghadapi peperiksaan. Mengulang kaji pelajaran setiap hari dan secara berterusan adalah amalan yang cukup berkesan. Waktu di dalam kelas juga, anda harus menumpukan sepenuh perhatian pada apa yang diajar oleh guru. Usahlah leka atau bersikap sambil lewa kerana masa itu adalah emas. Guru-guru ibarat ibu bapa di sekolah. Guru juga ingin melihat anda berjaya. Usahlah malu meminta bantuan guru jika menghadapi masalah dalam sesuatu pelajaran. Bak kata pepatah malu bertanya, sesat jalan. Bertanyalah pada guru-guru atau rakan-rakan yang lebih mahir .

Zaman remaja penuh pergolakan dan cabaran. Namun, atas dasar kesedaran tentang peri pentingnya pelajaran itu dan demi kejayaan masa hadapan, anda harus bijak memilih antara kaca atau permata. Setiap langkah harus diatur agar tidak kecundang. Jika pada saat ini anda dalam dilema atau masalah, janganlah jadikannya sebagai satu hambatan untuk anda berjaya. Lontarkanlah segalanya ke tepi buat seketika. Lihatlah di hadapan , masa hadapan yang bagaimana yang inginkan dipilih. Tepuk dada tanya selera. Segala-galanya terletak di tangan para pelajar.Tanamkanlah kesedaran dalam jiwa bahawa kamu juga boleh berjaya. Saya percaya dengan usaha yang gigih, sikap yakin dan disiplin serta doa insya Allah semua pelajar SMTK akan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Insyaallah.