30.9.09

Dunia Oh Dunia

Zaman sekarang ini memang merupakan zaman yangg penuh dengan ujian dan cubaan. Terutama bagi siapa sahaja yang telah mengikrarkan kalimat syahadah kepada Allah sebagai Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan Muhammad saw sebagai rasul dan nabinya dan redha dengan Islam sebagai tuntunan hidup di dunia yang fana ini.
Dahulu ketika zaman tabi’in kaum muslimin mengimpikan kehidupan seperti zaman Nabi saw dan para sahabatnya. Mereka mengharapkan kehidupan yang damai bersama Rasulullah dan para sahabatnya ra. Begitu juga setelah para tabi’in wafat maka pengikut tabi’in juga meneruskan kehidupan zaman Nabi saw dengan para sahabatnya r.a .

Keinginan dan impian para solehin pada zaman Nabi s.a.w adalah kerana faktor keimanan dan ketakwaan mereka sehingga kehidupan pada zaman ini yang penuh dengan fitnah dan perpecahan menjadikan mereka rindu dengan kehidupan pada zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabatnya . Hal ini memang telah dinyatakan oleh Nabi saw dalam salah satu hadis yang diriwayatkan dari Imran bin Husain r.a katanya Rasulullah saw bersabda “Sesungguhnya yg terbaik dari kalangan kamu ialah yg sezaman denganku kemudian orang yg hidup setelahku setelah itu orang yg hidup setelah mereka. Imran berkata ‘Aku tidak mengetahui mengapa Rasulullah saw menyebut setelah kurunnya sebanyak dua atau tiga kali. Setelah itu datang satu kaum yang di minta memberi penyaksiaan tetapi tidak diminta penyaksian yang berkhianat sehingga tidak boleh dipercayai yang suka bernazar tetapi tidak melaksanakannya dan suka akan kemewahaan.”

Subhanaallah...zaman kita hidup sekarang ini telah jauh beribu tahun dari zaman ketika Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a. Rasulullah s.a.w telah menggambarkan ciri-ciri manusianya watak dan kebanyakan mereka sebagaimana yg dinyatakan dalam hadis di atas.

Suka kemewahan sehingga sanggup mengadai maruah dan agama. Jika kita lihat fenomena masa kini, kes mahkamah pengadilan yang menghadirkan saksi-saksi palsu sehingga menyeret orang tidak bersalah ke penjara kerana permintaan atau kehendak orang tertentu. Kita tidak perlu menyebut kes satu per satu tetapi kalau kita perhatikan dalam media dan berita-berita dari beribu-ribu kes yang ada baik di negeri kita mahupun di beberapa negara, menunjukkan betapa banyaknya saksi-saksi bayaran atau saksi palsu untuk menyeret orang tertentu ke dalam penjara. Khianat dan Tidak Boleh Dipercayai adalah menjadi budaya. Perkara ini sudah menjadi suatu trend sekarang ini dan ini telah melanda di seluruh lapisan masyarakat.

“Hai orang-orang beriman janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu sedang kamu mengetahui.” .

Marilah kita sama-sama menanam satu nekad dalam hati supaya kita sentiasa terus menerus mengingati Allah dan meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh agama. Alangkah baiknya sekiranya setiap langkah-langkah kita lalui mendapat hidayah dan keredhaan dari Allah s.w.t.

Waallah hu'alam

29.9.09

I love Islam

Kita sering menangis atau sedih bila kehilangan sesuatu yang sangat disukai atau dicintai. Itulah yang dikatakan hubungan sementara yang tidak kekal, bahkan kadangkala ia membawa kepada kemudharatan diri sendiri.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan... Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Q.S. Al-Hadiid [57]:20)

Dunia adalah segala sesuatu yang membuat kita lalai kepada Allah s.w.t. Misalnya, solat atau sedekah jariah yang diberikan kepada seseorang, tetap dikatakan urusan dunia jika niatnya ingin dipuji oleh makhluk hingga hati lalai terhadap Allah.

Sebaliknya, orang yang sibuk siang malam mencari wang untuk keluarga dan membantu mereka yang memerlukan adalah lebih baik dari mereka yang inginkan sesuatu pujian atau berhajat kepada sesuatu kedudukan dalam masyarakat. Dengan kata lain, segala sesuatu yang membuat kita taat kepada Allah, maka hal itu bukanlah urusan dunia.

Bagaimana ciri orang yang cinta dunia? Jika seseorang mencintai sesuatu, maka dia akan diperbodohkan oleh apa yang dicintainya. Jika orang sudah cinta dunia, maka akan datang berbagai penyakit hati. Ada yang menjadi sombong, dengki atau berburuk sangka memikirkan sesuatu yang tiada. Semakin cinta pada dunia, maka bertambahlah sifat-sifat yang keji dilakukan. Bahkan, perbuatan keji ini adalah semata-mata untuk mendapatkan dunia yang diinginkannya. Fikirannya selalu memikirkan kepada dunia, siang malam mengejar dunia untuk kepentingan diri sendiri.

Ciri lainnya adalah takut kehilangan. Seperti orang yang duduk di kerusi sedangkan tempat duduk terlalu terhad, maka akan takut kerusinya diambil. Orang yang bersandar ke pangkat atau kedudukan, maka ia akan takut pangkat atau kedudukannya diambil. Oleh sebab itu, pencinta dunia itu tidak pernah merasa senagn atau bahagia.

Semua yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah s.w.t. Kita tidak mempunyai apa-apa. Hidup di dunia hanyalah sementara. Sejak lahir sebagai bayi, membesar (remaja), semakin tua, dan akhirnya mati. Kemudian terlahir manusia berikutnya, begitu seterusnya.
Bagi orang-orang yang telah sampai pada keyakinan bahawa semuanya hak milik Allah s.w.t, ia tidak akan menjadi sombong, irihati ataupun dengki. Sebaliknya, ia akan selalu bersiap sedia untuk diambil oleh Pemiliknya, kerana segala sesuatu dalam kehidupan dunia ini adalah sementara dan tidak ada ertinya. Yang hidup akan mati. Harta, pangkat, kedudukan dan populariti seseorang manusia tidak akan ada ertinya jika tidak digunakan di jalan Allah.

Kita harus yakin bahawa jika seseorang tidak pernah berusaha melepaskan dirinya dari kecintaan terhadap dunia, maka dia akan sengsara dalam hidupnya. Mengapa? Sumber segala fitnah dan kesalahan adalah ketika seseorang begitu mencintai dunia. Semoga Allah mengurniakan pada kita nikmat-Nya untuk kita hidup dalam suasana yang tidak dibelenggu oleh cintakan dunia.

Wallahu a'alam

28.9.09

ISTIGHFAR

ISTIGHFAR sering diertikan dengan permohonan ampun kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Lazimnya jika seseorang melakukan kesalahan dan kemudian menyesal akan perbuatannya itu, maka istighfar yang disertai dengan niat taubat yang ikhlas akan dilafazkan dengan harapan agar dosa atau kesalahan yang dilakukan akan diampunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Antara kelebihan beristighfar dan bertaubat yang dinyatakan oleh Dr Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya at-Taubat Ilallah adalah:
· Disayangi Allah
· Didoakan oleh para Malaikat
· Diampunkan oleh Allah
· Diberikan pelepasan daripada segala masalah
· Dimurahkan rezekinya
· Ditinggikan kedudukannya di sisi Allah
· Bertaubat adalah ciri orang beriman‘ala.

Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan hamba-hambaNya supaya beristighfar sebagaimana firmanNya di dalam al-Qur’an:

“Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi”
(Surah an-Nisaa:106)


Dalam ayat yang lain pula, Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

“Dan pohonlah ampun bagi dosamu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.”
(Surah al-Mu’min:55)


Oleh itu adalah menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk sentiasa beristighfar bukan saja sebagai tuntutan yang perlu dipenuhi malahan untuk merebut fadhilat istighfar sebagaimana yang disebut dalam al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam.

27.9.09

Titisan Airmata Hassan Al-Basri

Hassan Al-Basri berkata : " Wahai bani Adam! Demi Allah, jika kamu membaca Al-Quran dan percaya kepadanya, sudah tentu engkau akan sentiasa sedih, takut dan banyak menangis di dunia ini."


Suatu hari Hassan Al-Basri berselisih jalan dengan seorang pemuda yang sedang tertawa terbahak-bahak, maka ia bertanya : "Hai pemuda, sudahkah engkau lalui shirath (jambatan)?"

Pemuda itu menjawab :"Belum!"

Hassan bertanya lagi :"Tahukah kamu, apakah dirimu termasuk ahli syurga atau neraka?"

Pemuda itu pun menjawab: "Tidak, aku tidak tahu!"

Hassan Al-Basri bertanya lagi :"Lalu kenapa engkau tertawa begitu rupa?"

Pemuda itu terdiam, sejak dari peristiwa itu dia tidak suka lagi tertawa secara berlebihan.

Dikatakan oleh Hassan Al-Basri:"Orang yang tahu bahawa dia pasti menemui mati, dan bahawa hari Kiamat adalah saat yang dijanjikan kepadanya serta sedar bahawa dirinya pasti akan berhadapan dengan Allah s.w.t kelak untuk mempertanggungjawabkan amal ibadat selama dia hidup di dunia ini, maka sudah tentu ia akan selalu gelisah dan bersedih."

26.9.09

Berjaga-jaga Dalam Empat Perkara

Telah Bersabda Nabi s.a.w : Yang bermaksud:"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka...
1-Akal boleh hilang disebabkan marah.
2-Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3-Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4-Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.
Manusia akan menghadapi 4 penarikan:
1-Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2-Para ahli waris akan menarik hartanya.
3-Ulat akan menarik tubuhnya.
4-Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud:Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1-Memberi maaf pada waktu marah.
2-Suka memberi pada waktu susah.
3-Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4-Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1-Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua
2-Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah di timpa bencana.
3-Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4-Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

25.9.09

Satu hari dalam seminggu

Sudah 6 Syawal, bermakna sudah enam hari Ramadhan berlalu. Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang bersih. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi. Sesudah itu pergilah ke masjid awal sedikit, jangan tertinggal khutbah yang disampai oleh khatib.

Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telur. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Sesungguhnya Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi setiap minggu. Jumaat adalah hari yang mulia dan diwajibkan ke atas orang-orang lelaki bagi mengerjakannya di masjid. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk mengerjakan sembahyang Jumaat dan digalakan mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah s.w.t pada malam Jumaat.

Bersegeralah mengerjakan sembahyang Jumaat dan tinggalkan segala aktiviti sementara. Sesudah mengerjakannya, beredarlah menyambung urusan yang ditinggalkan tadi. Semoga mendapat rahmat dari Allah s.w.t.

24.9.09

Hati-hati ya

Hari ni raya kelima, masih ada yang datang berkunjung. Ini kelebihan orang kita bila puasa sebulan, raya pun mesti sebulan juga. Walau apapun kita jangan lari dari konsep sebenar sambutan hari raya ini kerana hari raya Aidilfitri adalah ibadah bukan sesuatu yang boleh kita buat sesuka hati sehingga ia melanggar hukum syarak.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :“Ini hari raya untuk kalian. Hari kembali kepada fitrah. Barang siapa mengagungkan Aidilfitri dengan menyebut nama Allah akan termasuk orang-orang yang menang.”

Bagi yang bakal pulang ke tempat kerja, hati-hati memandu dan sentiasa ingat orang tersayang kerana kemalangan tidak berbau. Waspada selalu, pandu cermat jiwa selamat.

AIDILFITRI bukan hari raya BUDAYA, AIDILFITRI adalah hari raya AGAMA oleh itu cukuplah ianya diraikan hanya kadar yang sederhana tetapi memberi seribu makna dan keinsafan.

22.9.09

Salam Aidilfitri


Ya Allah Ya Tuhan Yang Maha Esa
Ku pohon doa restu di malam yang syahdu
Menitis air mata tanda kesyukuranku
Kepada-Mu pencipta alam semesta

Pemergian Ramadhan Ditangisi
Bulan Penuh Berkah Lagi Dirahmati
Semoga Ramadhan Jumpa Lagi
Kerana Usia Di Tangan Ilahi

Datangnya Syawal Tanda Kemenangan
Sebulan Berpuasa Menahan Cubaan
Sambut Raya Dengan Kemaafan
Moga Bergembira di Hari Lebaran

Maaf di atas segala tutur kata mahupun perbuatan
Sama ada sengaja atau tidak
Antara kita tiada yang sempurna
Salah dan silap adat manusia
Maaf diminta mengerat siraturrahim .

21.9.09

Mai Pakat Posa 6 pula.

Selepas beraya pada 1 Syawal, kita digalakan mengerjakan ibadah puasa enam. Sunat bagi setiap muslim untuk mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Besar ganjarannya ibadah puasa enam ni.

Nabi Muhammad saw. bersabda : "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

Bermula pada 2 Syawal hingga akhir Syawal masa yang dilakukan untuk ibadah sunat ini. Puasa 6 boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan tapi boleh juga dilakukan pada mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Bagi mereka yang baru mula berjinak-jinak dengannya, disunatkan memulakan puasa pada hari Isnin kerana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam dilahirkan pada hari Isnin.Sama-sama kita ambil peluang ini untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal.

Sebagaimana yang kita ketahui, setiap amalan sunat merupakan 'agen penampal' bagi mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu kita.Rebutlah peluang selagi kita bernyawa, selain dapat pahala puasa setahun, kita juga dapat perbaiki kekurangan dalam ibadah puasa bulan Ramadhan. Walaupun madrasah Ramadhan pergi meninggalkan kita tanpa menjanjikan pertemuan semula, harapnya setiap latihan ibadah yang kita sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, tadarus al-Quran, qiamullail dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain.

19.9.09

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya,
Maha Suci Allah pagi dan petang.”“Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya,
yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”


Firman Allah:"Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (AlBaqarah : 185)

Allah SWT telah berfirman memuji mereka:“Sungguh beruntunglah orang-orang yang membersihkan diri (dengan zakat fitrah). Dan yang menyebut nama Tuhannya (takbir), maka mereka sembahyang.”

Nabi juga telah berkata:“Ini hari raya untuk kalian. Hari kembali kepada fitrah. Barang siapa mengagungkan Aidilfitri dengan menyebut nama Allah akan termasuk orang-orang yang menang.”

“Setiap umat ada hari raya, tetapi hari raya kamu adalah hari raya terbaik di sisi Allah!,” kata Nabi lagi.“Hiasilah hari raya kamu dengan takbir, tahmid dan tasbih, sebab hari itu Allah mengampuni dosa-dosamu” (Kitab Durratun Waa’izhiin)



Ku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada terkasar bahasa atau tindakan yang menyinggung perasaan dan terguris dihati. Semoga Allah menerima segala amal ibadah yang kita lakukan, moga ia menjadi bekalan untuk kita bawa bersama di akhirat nanti.
MAAF ZAHIR DAN BATIN

18.9.09

Ramadhan akan meninggalkan kita.

Tinggal satu hari lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita.Pada bulan inilah ibadah puasa yang istimewa bagi umat Nabi Muhammad s.a.w dilaksanakan selama sebulan, dan jika ianya dikerjakan dengan penuh keimanan dan ikhlas kerana Allah s.w.t , Allah s.w.t akan mengampunkan dosa-dosa yang lalu. Segala amal kebajikan yang dilakukan dalam bulan ini akan dilipat-gandakan ganjarannya oleh Allah s.w.t kepada diri bagi setiap individu Muslim yang mengerjakan ibadat dan berbagai kelebihan lagi yang menyebabkan kedatangan bulan mulia ini sentiasa dirindui oleh para salihin dan pemergiannya ditangisi oleh mereka...

Ramadhan akan meninggalkan kita, adakah dibulan mulia tahun ini kita sudah cukup banyak melakukan ibadat kepada Allah s.w.t? Adakah kita pasti Ramadhan akan datang dapat kita bersua dengannya lagi? Alangkah rugi kiranya Ramadhan yang akan meninggalkan kita tahun ini, tidak diambil sepenuhnya dengan mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.


Sedangkan bulan ini adalah bulan ibadah dan kebajikan, bulan di mana setiap orang Islam berlumba-lumba melakukan berbagai amal kebajikan demi mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan sememangnya dalam waktu-waktu begini Allah s.w.t sentiasa dekat dengan hamba-hambaNya. Dalam ayat 186 surah Al Baqarah, Allah swt berfirman yang maksudnya: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu darihal Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar sentiasa berada dalam kebenaran."

Sesungguhnya mukmin yang merasa kemanisan iman dalam Ramadhan akan merasa sedih untuk membiarkan ianya berlalu tanpa memenuhi bekalan sebanyak-banyaknya. Berbahagialah mereka yang dapat menunaikan tuntutan Ramadhan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t agar dapat mengecapi darjat orang yang bertaqwa. Sebaliknya amat rugi dan kecewalah mereka yang tidak dapat menepati tuntutan dan semangat Ramadhan sebagai bulan tarbiah langsung kerana tidak memberi apa-apa makna pada kita.

Moga dibulan mulia ini Allah menerima taubat dan segala amalan ibadah serta kebajikan yang telah kita lakukan. Inilah masanya untuk kita merebut ganjaran pahala yang besar dan berpeluang mengambil manfaat daripadanya Ramadhan Al Kareem ini kerana bulan ini dibukakan pintu rahmat seluas-luasnya untuk kita beribadah kepada Allah s.w.t.

MAAF ZAHIR DAN BATIN

17.9.09

Syawal Menjelang Lagi


“Yeaaaa… balik kampung!” murid-murid saya menjerit kegembiraan.
Tiada yang lebih menyeronokkan mereka selain daripada pulang ke kampung untuk berhari raya.

Dalam keseronokan menyambut kedatangan Aidilfitri, harus diingatkan bahawa terdapat adab dan cara untuk meraikannya :

1. Allah menyuruh kita agar mengiktiraf akan kebesaran-Nya dengan mengucapkan'Takbir' pada malam Aidilfitri dengan gema yang mampu menggemparkan para syaitan.

2. Allah menyuruh kita mensyukuri segala nikmat-Nya dengan bertahmid dan berzikir.

3. Allah menyuruh kita supaya memohon keampunan dengan beristighfar.

4. Allah memerintahkan kita supaya mengeluarkan "Sadaqatul Fitri" (membayar zakat fitrah)

5. Keluar beramai-ramai untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.

6. Bertemu, beramah mesra dan bermaaf-maafan sesama muslimin.

7. Menziarahi kubur dan memohon keampunan untuk ahli-ahlinya.

8. Kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan siraturrahim.


Pada saudara mara, rakan-rakan dan anak didik yang mengenali saya. Saya memohon kemaafan andai kata ada tersilap kata dan perbuatan dalam perhubungan antara kita. Halalkan makan minum dan jemputlah datang ke rumah pada hari raya nanti.
Wassalam..

16.9.09

Pemuda Syurga


Saidina Ali k.w.h berkata (dipetik dari kitab Ihya Ulumiddin) : " Barang siapa mengumpulkan padanya enam perkara, nescaya ia akan mencari syurga dan lari dari neraka:


a. Ia mengenal Allah, lalu mentaati-Nya.
b. Ia mengenal syaitan, lalu menderhakainya.
c. Ia mengenal kebenaran, lalu mengikutinya.

d. Ia mengenal batil, lalu menjaga diri daripadanya.
e. Ia mengenal dunia, lalu menolaknya.

f. Ia mengenal akhirat, lalu mencarinya."

Andai kata kita hendak selamat dari tipuan dunia, kita masih ada masa untuk membetulkan kesilapan kita. Kejayaan kita yang sebenarnya bukan dinilai di dunia, tetapi di akhirat. Kalau kita berjaya mendapat keredhaan Allah s.w.t dan mendapat syurga di akhirat, itulah kejayaan yang sebenar.

Sisa umur yang masih ada ini, hendaklah kita gunakan bagi menyuluh diri dan menyelamatkannya. Semoga ilmu yang dipelajari dapat diamalkan dan menjadi penyuluh jalan agar kita tidak sesat dan melanggar apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

15.9.09

Dari Dia kita datang kepadaNya kita kembali.

Innalilawanilalilhirojiun. Dari DIA kita datang kepadaNYA kita kembali, pada tanggal 14 September 2009 /24 Ramadhan 1430, saya menerima panggilan telefon mengenai kematian abang ipar saya (Ust. Samsudin - bekas Pengetua Al-Mashoor (L) Penang). Beliau merupakan abang dan rakan yang sangat rapat dengan saya dan ahli keluarga yang lain. Beliau sangat mengambil berat dan aktif dalam membangunkan syiar Islam di kampung ini sehingga beliau sanggup mewakafkan tanahnya untuk tujuan pengajian agama. Itulah harapan dan cita-cita beliau sehingga saat akhir pun beliau berharap madrasahnya itu berjaya dilaksanakan. Bertahun beliau menderita penyakit radang pankreas, namun tidak pernah dia merintih atau mengeloh. Bahkan sentiasa redha dengan apa yang Allah berikan kepadanya.

Untuk anakanda tersayang :

Nabil dan Wafa iringilah doa pada baba agar rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang solih. Pakcik akan berikan sepenuh kasih sayang seperti anak-anak pakcik yang lain agar kamu berdua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Untuk kakak yang dikasihi :

Tempuhilah dugaan ini dengan penuh kesabaran dan redha dengan pemergiannya. Dalam kehidupan ini, ia mengajar kita agar tabah dan berserah kepada Allah s.w.t. Kita yang hidup perlu teruskan perjuangan sebagai hamba yang taat dan patuh pada perintah Allah. Moga pemergiaan arwah abang tidak mematahkan semangat kak untuk meneruskan pembinaan madrasah yang diidamkan.

" Semoga Allah memberikan kepadamu pahala yang berganda, mengelokkan kelembutan hatimu, dan mengampunkan orang yang mati daripada kalangan kamu."

Al-Fatihah

14.9.09

WANITA SALIHAH

Bercakap tentang kaum wanita memang merupakan soal yang terlalu menarik. Kaum wanita adalah makluk Allah yang memiliki keistimewaan dan kelemahan tersendiri. Selain ada kelemahan yang agak ketara, mereka juga mempunyai kelebihan yang sukar ditandingi oleh kaum lelaki.


Di dalam Islam ada beberapa unsur yang mesti ada pada wanita ideal. Apabila seorang wanita memenuhi unsur-unsur ini maka beruntunglah wanita itu di dunia dan di akhirat, kerana itu beruntunglah sesiapa pun lelaki yang mempersuntingnya serta anak-anak yang lahir dari rahimnya.

  • Wanita yang kuat agamanya.
    Firman Allah s.w.t yang bermaksud :" Dan katalah (wahai Muhammad) kepada wanita-wanita yang beriman : "Dan janganlah mereka (kaum wanita) menunjukkan perhiasan kecuali yang (biasa) nampak daripadanya." (Surah al_Nur : 31)
  • Wanita Yang Mulia Akhlaknya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Harta yang paling baik lidah yang bersyukur, hati yang bersyukur, dan isteri yang salih, kerana dia dapat membantu seseorang untuk (menguatkan) keimanan." (Riwayat Tirmizi)

Wahai kaum wanita, belajarlah dari Khadijah binti Khuwailid yang mulia ini. Seorang janda yang kaya raya. Khadijah rela membantu suaminya sekalipun harus mengorbankan seluruh yang dimilikinya. Khadijah memang patut menjadi contoh sepanjang masa buat kaum wanita, kerana beliau bukan hanya memberi bantuan material tetapi lebih dari itu. Beliau mampu memberi ketenteraman kepada suaminya ketika suaminya dalam ketakutan dan kegelisahan sehingga kehilangannya (meninggal dunia) benar-benar menyebabkan Rasulullah s.a.w berasa sangat sedih dan terasa kehilangan isteri yang sangat setia dalam menghadapi cabaran dan dugaan menyebarkan ajaran Islam.

Wahai kaum wanita, anda boleh lihat kepada Asiyah binti Muzahim (isteri Fir'aun). Walaupun beliau hidup sebumbung dan sekatil dengan lelaki yang zalim, namun beliau tetap menjaga kehormatan diri dan keimanan yang teguh. Walaupun beliau hidup dikelilingi kemewahan, tetapi hidupnya tidak terpengaruh dengan kemewahan tersebut.

Wahai kaum wanita, cubalah anda perhatikan apa yang sudah dialami Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa a.s).Tentu anda akan melihat ketabahan seorang wanita menghadapi cemuhan dunia sekeliling. Bukan main-main tuduhan serta fitnah yang dilontarkan kepada Maryam, namun semuanya dapat dilalui dengan tabah dan sabar.

Wahai kaum wanita, contohi Aisyah binti Abu Bakar. Beliau seorang wanita yang mengutamakan kasih sayang kepada keluarga. Disamping itu, beliau amat cerdik serta luas pengetahuan agamanya. Seorang isteri yang sangat disayangi dan dicintai oleh suaminya.


Wahai kaum wanita, berjaga-jaga dengan peringatan dari Rasul ini. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :" Wahai kaum wanita, banyak-banyaklah memberi sedekah kerana aku melihat kaum wanitalah yang paling ramai di neraka. "Lalu seorang wanita bertanya : "Mengapa begitu, ya Rasulullah ?" Rasulullah menjawab : " Kerana kaum wanita suka mengata-ngatai orang lain di belakangnya, dan menderhakai suaminya." (Riwayat Bukhari &Muslim)

13.9.09

TUJUAN HIDUP


Tujuan manusia dicipta untuk mengabdi kepada Allah. Rasa cinta yang terpecik di dalam hati manusia, baik di permulaan ataupun selama perjalanan rohani seseorang, bertujuan meniadakan keterikatan kepada sesuatu selain dari Allah s.w.t.

Rasa cinta Allah, sebenarnya bukanlah merupakan tujuan yang hendak dicapai, tetapi hanyalah sebagai cara mewujudkan kehambaan. Seseorang akan mampu menjadi hamba Allah yang sejati, apabila yang bersangkutan telah mampu membebaskan diri dari kecintaan dan keterikannya pada kesenangan dunia. Cinta itu tidak hanyalah cara untuk penyerahan yang khusus hanya kepada Allah s.w.t dengan cinta sebenar-benarnya, maka akan melahirkan sifat-sifat utama dan benci kepada hal-hal yang dibenci oleh Allah.

Menurut Imam Al-Ghazali : " Ketahuilah bahawa tajalli (memperoleh kenyataan) keagungan Allah membawa manusia kepada khauf (takut kepada Allah), tajalli kecantikan dan keindahan Allah yang membawa manusia kepada rindu, tajalli sifat Allah membawa manusia kepada cinta, tajalli zat Allah membawa manusia kepada tauhid."

Sesungguhnya, barangsiapa cinta kepada Allah s.w.t, dia hidup tetapi barangsiapa cinta kepada selain Allah s..w.t , dia mati.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :" Apabila Allah mencintai hamba-Nya, maka Ia berikan padanya percubaan-percubaan. Apabila ia dapat memikul percubaan itu dengan penuh kesabaran, maka dianugerahi-Nya dan apabila ia menghadapi percubaan itu dengan gembira, maka Allah akan memilihnya sebagai pilihan-Nya."

12.9.09

Pejuangan Yang Belum Selesai


Islam menjadi bahan perbincangan yang hangat pada masa kini. Michael Jackon dikatakan memeluk Islam sebelum kematiannya yang masih dalam siasatan. Begitu juga gambaran orang bukan Islam tentang agama Islam berbeza-beza mengikut tempat dan keadaan, misalnya Amerika Syarikat, Islam dianggap sebagai agama 'terrorism'. Manakala di Eropah, mereka amat kagum dengan semangat dan keberanian yang ada pada pejuang-pejuang Islam seperti Afghanistan dan Iraq.

Siapa yang perlu disalahkan sekiranya Islam lebih banyak mendapat gambaran buruk di kalangan orang bukan Islam?Inilah peranan kita yang beragama Islam untuk menyebar dan memperjuangkan kehebatan agama Islam yang sebenar. Setiap orang Islam perlu ingat dan berpegang teguh dengan Islam kerana agama inilah sahaja yang diredhai oleh Allah s.w.t, firman Allah yang bermaksud :" Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam." ( Surah Al-Imran : 19)

Pejuangan kita belum selesai selagi syariat Islam tidak laksanakan dengan sepenuhnya di negara yang tercinta ini. Syariat Islam amat penting kerana Allah turunkan peraturan-peraturan kehidupan di mukabumi ini untuk mengadili dan mengatur masyarakat manusia serta mengajar mereka cara-cara hidup beragama dalam soal keduniaan dan alam akhirat.

Jadi sekarang jelaslah kepada kita bahawa pejuangan ini belum selesai kerana satu sistem kehidupan yang menyeluruh belum dilaksanakan. Di dalam usaha-usaha yang dilakukan, kita juga haruslah sentiasa tidak lupa untuk berdoa kepada Allah dan menaruh segala harapan atas apa yang kita usahakan itu kepada Allah s.w.t.

LAILATUL QADAR

Tanda-tanda Lailatul Qadar


Diterangkan dalam sebuah hadis, antara tanda-tandanya ialah :

  1. Udara pada malam itu amat nyaman, tidak panas dan tidak terlalu sejuk.

  2. Terbit matahari pada pagi esok harinya dalam keadaan putih bersih, bagaikan bulan purnama, sinarannya lembut dan terik terik.

  3. Tidak terasa kepanasan pada siang harinya, walaupun matahari sangat cerah dan terang benderang.

Hikmah disembunyikan Lailatul Qadar

  • Supaya kita berusaha untuk mendapatkannya.
  • Supaya kita berusaha meningkatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan
  • Memperbanyakkan doa untuk memperolehinya.
  • Menghidupkan amalan seharian seperti membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

11.9.09

Semarakkan Ibadah Pada 10 Akhir Ramadhan

Diriwayatkan daripada A'isyah r.a yang bermaksud : " Adalah Rasulullah apabila tiba sepuluh terakhir (Ramadhan), Baginda akan menghidupkan malamnya dan mengejutkan isteri-isterinya dan mengikat tali pinggangnya (tidak bersama isteri)." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

10 Akhir Ramadhan digalakkan umat Islam memperbanyakkan ibadah seperti:
  • Menghidupkan malam-malam tersebut dengan ibadah.
  • Mandi antara magrib dan isyak serta menghiaskan diri dengan pakaian yang indah dan wangi-wangian, terutama pada malam-malam ganjil.
  • Berusaha bersungguh-sungguh agar dikurniakan Lailatul Qadar. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : " Sesiapa yang mendirikan sembahyang pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan dosa yang dilakukannya sebelum itu."
  • Melakukan iktikaf di masjid. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya : " Biasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan."
  • Membayar zakat fitrah, zakat harta dan zakat pendapatan.
  • Memperbanyakkan sedekah.

Janganlah lepas peluang ini kerana Ramadhan hanya datang setahun sekali. Belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat bersua dengannya lagi. Ambillah sedikit masa untuk kita beribadat dan mendekatkan diri dengan Allah pada malam akhir Ramadhan ini.

10.9.09

Apa Yang Kita Makan?


Di zaman yang serba moden ini, banyak bahan makanan yang diproses mengandungi berbagai jenis bahan-bahan kimia yang mana kebanyakkannya tidak selamat untuk dimakan. Kesan sesetengah dari bahan-bahan ini terhadap manusia masih belum dikaji dengan mendalam untuk memastikan bahawa ianya tidak mendatangkan mudharat. Oleh itu seelok-eloknya kita berhati-hati dalam memilih hanya bahan makanan yang berkhasiat dan selamat untuk diri kita dan keluarga.

Perkara ini perlu diambil perhatian terutama dalam menyediakan beraneka jenis kuih pada Hari Raya Aidil Fitri nanti. Selama sebulan berpuasa kita di didik memelihara kesihatan, kenapa tidak diteruskan amalan baik itu dalam kehidupan seharian. Makanan yang baik adalah merupakan jaminan bagi kita melahirkan insan yang sihat dan kuat. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :" Pemuda yang kuat adalah lebih baik daripada pemuda yang lemah. "

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Hai orang yang beriman, makanlah di antara kamu rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu..."

Oleh itu, berhati-hatilah dalam menjamu selera dan penggunaan bahan dalam masakan. Agar kita sentiasa memberi perhatian dalam makanan dan minuman seharian agar kita dapat melahirkan insan yang sihat dan bertaqwa.

9.9.09

BUBUR TARBINAH


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Bubur Tarbinah dapat menyegarkan hati orang sakit dan menghilangkan kesedihan. " (HR Bukhari)

Bubur Tarbinah dibuat daripada susu, madu dan kurma atau susu yang dicampur dengan tepung.

Susu, madu dan kurma membentuk satu pemakanan yang seimbang yang kaya dengan vitamin dan zat galian, mempunyai unsur pemakanan yang lengkap, malah gula yang terkandung dalam buah kurma dapat menyaingi kecepatan penghadaman glukos. Pengubatan moden juga mengakui hakikat perlunya pesakit diberikan makanan yang lembut, mudah hadam dan berzat serta seimbang.

Selamat mencuba.

8.9.09

Doa Seribu Dinar


Di amalkan membaca doa seribu dinar ini 3 kali lepas sembahyang fardhu, akan mendapat jalan keluar dari sebarang kesusahan, samada terkena zalim atau di masa peperangan, atau di masa kebakaran. Allah Ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan terlindung daripada segala mara bahaya.Insya Allah

Kasih Seorang Suami

Menurut laporan “Chongqing Morning Post”, Wu Jiafang seorang suami berumur 45 tahun sangat beruntung kerana terselamat dalam gempa Shichuan pada 12 Mei 2008 tetapi isterinya meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

Semasa berlakunya gempa bumi di Wenchuan, isterinya (Shi Huaqing) sedang bekerja.Dalam pencarian mangsa gempa di Wenchuan itu,Wu Jiafang menemui isterinya ( Shi Huaqing) di dalam runtuhan restoran tempat dia bekerja. Wu Jiafang menangis semalaman kerana kehilangan isterinya yang tersayang. Hari ke tiga Wu Jiafang menggunakan tali kain merah mengikat mayat isteri bersamanya. Di letakkan mayat itu di sepeda motor, dengan perlahan dia membonceng mayat isterinya ke rumahnya yang berjarak empat kilometer.

Wu Jiafang menguburkan isterinya bersebelahan rumah, dia kemudian membuat tanda di atas kubur tersebut. Semasa berkabung selama 100 hari , Wu Jiafang hanya makan sekali sehari.Dia tidak berselera dan menjadi kurus dan lesu. Bila ditanya kenapa jadi begitu, lalu dia menjawab :“Shi Huaqing tidak pernah tingglkan saya ketika saya sedang menderita. Ketika kami baru menikah, makanan di rumah juga jadi masalah. Dia tetap sabar dan berusaha masak untuk saya. Saya berhutang budi dengan dia terlalu banyak, saya berharap suatu hari nanti saya dapat memperbaiki kuburnya jadi lebih besar, agar dia selera ." Begitulah kisah cinta dan kasih seorang suami pada isteri sehingga menyebabkan si suami menderita dengan kematian isterinya yang tersayang.

Cinta antara manusia adalah palsu dan tidak boleh menyelamatkan seseorang. Cinta dan kasih kepada apa yang wujud di dunia ini, semuanya tidak kekal. Bagaimana kuat cinta dan kasih seseorang itu terhadap seseorang yang lain atau benda yang ada di dunia ini, itu semua tidak berpanjangan. Apabila mati manusia itu, apa yang dicintai akan ditinggalkan di dunia ini. Hanya kain kafan sahaja yang layak dibawa masuk ke dalam kubur. Selebihnya adalah amalan kepada Allah sahaja . Amal dan kebajikan yang dapat dijadikan bekalan untuk dihadapkan kepada Allah Yang Maha Esa.


7.9.09

IDAMAN AYAH DAN IBU


Anakku...
Tangis tawamu adalah hiburan kami
kerana di situ ternanti ganjaran Illahi
setiap kerenahmu menyenangkan hati
kerana di situ kau menguji kesabaran kami
Kau banyak memberi kami pengajaran
agar kami menjadi lebih tabah
sabar memeliharamu di dalam kesukaran
agar kami menjadi keluarga muslim sejati

Cahayamataku...
Kami tahu...
Tangisan sejak lahirmu hingga kau empat bulan...
bererti kau berzikir ke hadrat Illahi
Tangisanmu sejak empat bulan hingga lapan bulan...
bererti kau berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad s.a.w
Tangisanmu sejak lapan bulan hingga kedua belas bulan...
bererti kau berdoa untuk kesejahteraan kami

Sayangku...
Kami akan mendidikmu dengan penuh keimanan
Al-Quran itu sebagai bicaramu
Berzikir itu sebagai permainanmu
Ketaqwaan itu sebagai pakaianmu
Keimanan itu sebagai perisaimu
Kesucian akhlak itu sebagai lambang hatimu

Ketahuilah manjaku...
Allah matlamat hidup kita
Rasul pemimpin agung kita
Al-Quran dan sunnah sumber rujukan kita
Islam agama suci anutan kita
Jadilah anak soleh yang berbakti
Teruskan perjuangan ayah dan ibu
Untuk melihat keagungan Islam terus merangkumi bumi
Janganlah risaukan ranjauan onak dan duri
Kerana untuk meraih keredhaan Illahi
Kau harus menggadaikan diri
Kerana di situ keimanan akan terbukti

Impianku...
Ayah dan ibu tiada harta untuk dipusakakan
Hanya sekadar anak yang soleh yang dapat kami tinggalkan
Doakan untuk kesejahteraan ayah dan ibu
Agar kami sentiasa mendapat limpahan keampunan
Anak yang soleh ayah dan ibu idamkan
Agar ini menjadi satu kenyataan...

Ameen

6.9.09

Nuzul Al-Quran dan Lailatul Qadar


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)


Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.


Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran


Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.


Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.


Panduan


Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.


Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.


Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.


Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan.


Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.


Kesimpulan


Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi.


Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).


Pengirim:
Zakaria Bin Othman
Editor : PRO JAKIM

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR

(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMA ADA DARI BUKU ATAU NOTA)


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:




(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimin)


Maksudnya : "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih."


Hanya tinggal beberapa hari lagi pelajar Tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR . Semoga anak-anak semua dapat menduduki peperiksaan UPSR dalam keadaan sihat, tabah, tenang dan buat yang terbaik semasa menjawab soalan. Walaupun dalam masa peperiksaan tersebut pada bulan Ramadan , jangan jadikan sebagai alasan tidak dapat menjawab kerana berpuasa . Jangan pula tidak berpuasa kerana menduduki peperiksaan . Di zaman Rasulullah, bulan Ramadhan banyak memberi kemenangan kepada baginda dalam peperangan.Jadikan Bulan Ramadhan sebagai satu cabaran dan harungilah cabaran tersebut untuk mencapai kejayaan. Insyaallah.

Pelbagai program telah dilaksana oleh guru-guru untuk kejayaan anak-anak .Kini masanya untuk menghadapi peperiksaan kian tiba. Laksanakanlah tugasmu wahai anak-anak , semoga kamu berjaya. Anak-anaklah harapan kedua ibu bapa, jangan hampakan mereka. Jadikan kejayaanmu ini hadiah kepada mereka berdua.

Pohonlah doa restu dari ibubapa dan guru-guru sebelum menghadapi peperiksaan. Disamping itu jangan tinggalkan solat 5 waktu, sunat hajat dan perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya diberikan kesihatan yang baik , keselamatan diri , menjawab soalan dengan tenang, tabah , mudah ingat dan mencapai kejayaan . Insyallah.

Demi menjamin kelancaran anak-anak yang telah berhempas-pulas memastikan diri mereka cemerlang semasa menjawab kertas soalan UPSR nanti, keredhaan dan restu orang yang bergelar ibubapa dan guru haruslah diperolehi. Ibubapa dan guru-guru hendaklah bertekad menjadi satu keazaman supaya anak-anak kita berjaya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menegaskan:

Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul, tanpa diragui lagi: doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan








(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya : Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan








(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas hu Allahumma zakkimii maa nasiit) 3 kali


Maksunya : Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa.


Kepada Anakanda Anis Syakirah – baba dan mama serta adik-adik sentiasa mendoakan kejayaan akak .Baba rasa, akak dah buat yang terbaik untuk menghadapi peperiksaan ini. Moga akak mendapat kejayaan dengan cemerlang. Baba harap akak tenang dan jangan gopoh ketika menjawab soalan peperiksaan.Terima kasih juga di ucapkan kepada guru Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar, Serdang, Kedah yang bekerja keras untuk kejayaan anak didik mereka.Tahniah cikgu, semoga apa yang cikgu lakukan akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t. Pohon doa restu dari guru-guru untuk kejayaan anak saya dan murid -murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR

Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan





(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')


Maksudnya : Ya Allah kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.


SEMOGA ANAK-ANAK SEMUA BERJAYA

5.9.09

KEINSAFAN SEORANG KHALIFAH



Pada suatu hari Amirul Mukminin Harun Ar-Rasyid datang berjumpa dengan Al-Fudhail bin Iyadh, dimana ketika itu beliau sedang membaca Al-Quran dan mengulang-ulangnya.Lalu Al-Fudhail menceritakan kepadanya ,ketika Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah, ia memanggil Salim bin Abdullah, Muhamad bin Ka'ab Al-Qardhi serta Raja bin Haiwah. Umar bin Abdul Aziz berkata kepada mereka." Aku telah diuji dengan cubaan ini, maka berilah aku nasihat. Khalifah Umar bin Abdul Aziz menganggap jawatan sebagai khalifah adalah sebagai cubaan, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai kenikmatan.

Lalu Salim bin Abdullah berkata kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz. "Jika engkau ingin selamat dari seksa Allah, maka berpuasalah dari kesenangan dunia dan berbukalah dengan kematian."

Sementara Muhamad bin Ka'ab berkata kepada Khalifah Umar. " Jika engkau ingin selamat dari seksa Allah, maka jadikanlah setiap orang tua di antara kaum Muslimin sebagai ayah, yang muda sebagai saudaramu, sedangkan yang kecil anggaplah sebagai anakmu. Maka, hormatilah ayahmu, muliakan saudaramu dan sayangilah anakmu."

Kemudian Raja bin Haiwah pula berkata kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz. " Jika engkau ingin selamat dari seksa Allah, maka cintailah kaum Muslimin sebagaimana engkau cintai dirimu dan bencilah mereka sebagaimana engkau benci dirimu. Kemudian matilah jika engkau mahu."

Sesungguhnya kukatakan ini kepada tuan, kerana aku sangat khuatir terhadap tuan yang pada suatu hari dimana kaki-kaki tergelincir, apakah tuan memiliki orang-orang yang memberi nasihat atau menyuruhmu seperti ini?

Mendengar kata-kata itu, Amirul Mukminin Harun Ar-Rasyid menangis tersedu-sedu, hingga pengsan. "Kasihan Amirul Mukminin." kata Al-Fadhl bin Ar-Rabi yang mengiringi Khalifah Harun Ar-Rasyid. Lalu Al-Fudhail berkata. " Hai.. putra Ummir Rabi, engkau dan teman-temanmu membunuhnya, sedangkan aku mengasihaninya." Tidak lama kemudian Khalifah Harun Ar-Rasyid sedar dan berkata. " Semoga Allah mengasihanimu."

Fadhilat Ramadhan


Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang lalu. - Diriwayat oleh Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Ibn Habban dan Baihaqi.


Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman : Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut.Setelah orang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi akan ditutup kembali.Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya." (H.R Bukhari & Muslim).


Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda :

"Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun. (H.R Bukhari & Muslim).

4.9.09

Cerita Orang Lama Tentang Makan

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi.Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang. Ini hanya petua Orang Melayu lama, bagi kita yang beragama Islam janganlah kita mempercayai benda-benda karut atau tidak masuk akal ini yang boleh menjerumus kita pada syirik. Na'uzubillah

" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu patutkan Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?" Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran) dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran). (Surah Al-A'raaf : 173-174)

3.9.09

Suami Yang Adil atau..


Bila tiba musim perayaan, akan timbul masalah balik beraya bagi pasangan yang sudah berumahtangga.Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai tempat untuk beraya tahun ini. Mereka cuba untuk beraya bersama ahli keluarga masing-masing . Ungkit mengungkit kisah-kisah lama pun timbul. Lalu si isteri (Jenab) berkata, Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Nab dan lebih menyayangi keluarga abang.

Tahun lepas dah beraya dengan keluarga abang. Tahun ni tak kira Nab nak raya dengan keluarga Nab juga.Lalu dengan selamba Ramli menjawab, Salah tu Nab..., Nab selalu berprasangka tidak baik dengan abang. Cuba Nab tengok buktinya abang lebih menyayangi ibu mertua Nab daripada ibu mertua abang sendiri. Abang kalau boleh tiap-tiap tahun kita beraya dengan ibu mertua Nab.Itu kira tak adil lagi ka.

Lalu Nab pun menanggis teresak-esak bila mendengar penjelasan suaminya itu... Mungkin dalam hatinya (Jenab) tertanya-tanya adakah suaminya?

a. Betul bendul
b. Bengong
c. Melepas diri
d. Buang tabiat nak mampus
e. Adil

Sendiri jawab le...

2.9.09

AKU CINTA PADAMU

السلام عليكم و رحمة الله

Cinta adalah tautan hati yang berlaku walaupun tidak pernah memerlukan untuk berjumpa. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa kesusahan. Merasa senang kalau orang yang dicintai itu berada dalam kesenangan. Sanggup berkorban dan menyusahkan diri sendiri untuk menyenangkan orang yang dicintai.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Tidak dapat di antara kamu dikatakan beriman, apabila belum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada mencintai barang-barang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam suatu hadis diriwayat bahawa ada seorang lelaki datang menghadap kepada Rasulullah s.a.w ia berkata : " Aku cinta kepada mu, ya Rasulullah !"

"Bersedia-sedialah untuk menghadapi kemiskinan," jawab Rasulullah. Kemudian seorang yang lain berkata pula : "Akupun mencintai Allah." Rasulullah berkata : " Bersedia-sedialah untuk menghadapi kesengsaraan." (Riwayat Tarmizi)

Saidina Umar meriwayatkan bahawa , pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat Mus'ab (anak Umar) datang menghadap Rasulullah sambil membawa kulit kambing yang diikat pada pinggangnya. Rasulullah berkata kepada para sahabat yang ada di sekelilingnya : "Lihatlah, betapa Allah menghiasi hatinya. Aku telah melihat ia hidup dalam kemudahan dan dipelihara baik-baik oleh orang tuanya. Akan tetapi kini dengan cintanya pada Allah dan Rasul-Nya ia telah dihiasi dengan suatu kebaikan baginya."


Ya Rasulullah
Kehadiranmu membawa rahmat pada manusia
Keperitan terpaksa kau tempuhi
Untuk membimbing manusia dalam kegelapan

Ya Rasulullah,
sungguh mulia engkau
Engkau adalah cahaya daripada segala cahaya
Engkau adalah rahsia daripada segala rahsia
Engkau adalah penawar segala penyakit lahir dan batin
Engkau juga anak kunci segala kemudahan

Allahummasalliala Saiyidina Muhammad

Ya Rasulullah,
Engkau adalah Rasul pilihan
Pilihan Rasul yang awal dan akhir
Engkau adalah penyelamat umat
Engkau membawa rahmat dan berkat

Ya Rasulullah,
Akhlakmu membayangkan kebersihan hatimu
Pemurahmu membayangkan dunia tidak ada di dalam hatimu
Sabarmu membayangkan ketahanan jiwamu
Keberanianmu membayangkan tawakalmu dengan Allah
Orang yang menentangmu engkau doakan hidayah

Ya Rasulullah
Engkaulah umpama bintang menyinari hidupku
Engkaulah umpama bulan yang menerangi hidup ini
Akan ku pejuangkan sunnahmu
Akan ku selami dan amal ajaranmu
Moga taufik dan hidayahku perolehi dari Illahi

Allahummasalliala Saiyidina Muhamad

1.9.09

KALIMAH AKHIRAT

السلام عليكم و رحمة الله



Alhamdullilah dengan Allah swt kita dapat berpuasa dan mengerjakan amal ibadat di dalam bulan yang mulia ini. Dengan izin-Nya jua kita dapat bersua kembali diruang blog ini, semoga Allah swt memberkati segala usaha ini sebagai amal soleh.

Sahabat dan sahibah yang dimuliakan

Sebenarnya musuh sentiasa merancang untuk mengambil alih kekuasaan dan mengubah ketetapan Allah swt dalam berbagai bentuk. Seorang lelaki bertanya kepada Hassan Basri " Wahai Abu Said : Adakah syaitan itu tidur ? "sambil tersenyum beliau menjawab : " Kalau syaitan itu tidur nescaya kita semua boleh berehat."

Dari perancangan musuh yang sulit ini, mari pula kita melihat musuh di alam nyata, yang terdiri daripada Yahudi, penjajah, mubaligh Kristian, fahaman sekular dan sebagainya, yang sentiasa bekerja untuk memusnahkan masyarakat Islam.

Apabila Karl Mark disoal: Apakah pilihan bagi menjauhkan masyarakat daripada aqidah Uluhiyah (ketuhanan)?

"Pilihannya ialah sibukkan mereka dengan hiburan dan pementasan daripada mendekati aqidah Uluhiyah."

Di dalam protokol Zionos (Yahudi) pula:

Kita hendaklah bekerja untuk merosakkan akhlak segenap tempat supaya menyenangkan perluasan kita. Jika kita Freud bersama-sama kita dan terus mengalakkan perlakuan hubungan jenis secara bebas di bawah sinaran matahari sehingga mereka menganggapnya satu perkara lumrah atau biasa. Di tahap ini, akhlak mereka runtuh, hidup mereka berubah, semata-mata untuk memenuhi kehendak hawa nafsu.

Duhai hati, dalam keadaan yang gawat ini, apakah masih ada ruang untuk menagih kebebasan kehidupan dunia yang tiada ternilainya. Apakah pasir di pantai masih disangka permata, keadilan disangka kekejaman, ketegasan disangka kekerasan dan kesungguhan langsung tidak diingini.

Adakah hati masih kepada kemewahan, kecantikan, kepandaian (bermuslihat), kerehatan dan lupa segala tugas terhadap Allah swt.