Ilmu pengetahuan memainkan peranan penting dalam hidup kita di dunia dan menjamin kebahagiaan di akhirat. Ia memberi sumbangan yang besar kepada manusia dan kemanusiaan. Semua ilmu yang ada dan diketahui adanya adalah ilmu Allah swt, yang mana kita disuruh menuntutnya tidak kira dari siapa sama ada guru itu orang Islam atau yang bukan Islam asalkan ilmu itu berguna bagi kita. Sabda Rasulullah s.aw :
Ertinya : "Ambillah ilmu (hikmat) itu dari mana-mana tempat yang ia keluar selagi ilmu itu tidak merosakkan kamu"
Dengan ilmu kita dapat membentuk keperibadian sebagai hamba Allah yang sejati dan dapat menguatkan keimanan dan ketakwaaan tanpa ada perasaan curiga pada kesucian Islam. Tanpa ilmu seseorang itu tidak dapat melakukan amal ibadatnya kepada Allah dan tanpa ilmu seseorang itu menjadi hina di sisi masyarakat.
Sebanyak 1,211 saman, Notis Dikeluarkan Ke Atas Pelbagai Kenderaan Oleh JPJ
Dalam Tempoh Empat Hari 'Op Aidilfitri' Di Pahang
-
*KUANTAN:* Sebanyak 1,211 saman dan notis pelbagai telah dikeluarkan ke
atas pelbagai kenderaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang
dalam ...
11 hours ago

No comments:
Post a Comment