Manusia perlu ada matlamat hidup. Ibarat kapal, perlu ada arah tujuan. Hidup tanpa matlamat ibarat kapal tanpa kemudi, dibawa angin kemana-mana. Apatah lagi bagi seorang Islam yang menyakini ada kehidupan sesudah mati. Matlamat hidup inilah akan mencorak kehidupan, cara berfikir dan bertindak.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :" Di dalam diri anak Adam, ada seketul daging, jika baik daging itu baik manusia itu. Jika jahat maka jahatlah dia. Ketahuilah itulah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Peluang hidup ini hendaklah direbut dengan memperbanyakkan amalan takwa kepada Allah. Kata-kata "muda hanya sekali" tidak patut menjadi pegangan sebagai alasan melepaskan diri dari tanggungjawab sebagai hamba Allah s.w.t.
Hidup ini adalah medan untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t dengan seikhlas hati. Ketahuilah, kemahuan diri bukan menjadi matlamat hidup. Sebaliknya hendakalah kita menyerahkan diri kita kepada Allah s.w.t
Sultan Pahang Tegur Pemimpin Tukar Pendirian Ikut Musim, Pelarian Masuk
Atas Dasar Kemanusian Kini Berani Kemuka Pelbagai Tuntutan
-
*KUALA LIPIS: *Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah
menzahirkan kebimbangan terhadap sikap pihak tertentu yang sanggup meniup
api perpecah...
23 hours ago




No comments:
Post a Comment