18.8.09

Adeen Muslim Sejati

Alhamdulillah, tiada kalimah yang paling indah yang dapat diluahkan dan dizahirkan melainkanke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya maka kita dapat hidup dalam deen Islam, moga Allah swt memelihara kita untuk terus beristiqamah di atas jalanNya sehingga kembali mengadapNya, insyaAllah.

Dikesempatan ini juga, marilah kita sama-sama merasa dalam jiwa kita bahawa kita ini diciptakan oleh Allah swt untuk mentauhidkan-Nya. Jika hakikat ini tiada dalam jiwa manusia maka sudah pasti manusia itu hidup tanpa menyedari hakikat manusia sebagai manusia. Dengan ketiadaan kesedaran paling awal ini akan menyebabkan manusia enggan mentauhidkan Allah swt.

Sesungguhnya dari tahap yang paling awal ini manusia sudah berbeza di sisi Allah swt. Perbezaan ini sukar dilihat, dan umat manusia tidak tidak melihat permasalahan ini sebagai masalah penting. Bagi mereka yang meneliti dan merasainya maka tugas yang paling utama dan amanah sebagai hamba di atas muka bumi ini adalah mentauhidkan Allah swt. Jalan untuk mentauhidkan Allah swt ini luas terbentang di dalam al-Quran, akan tetapi manusia enggan mengambil jalan ini.

Firman Allah yang bermaksud :
"Hai manusia, tidaklah AKU menurunkan al-Quran kepadamu untuk menjadi susah"

Al-Quran diturunkan agar kita menjadi senang dalam hati untuk sentiasa berhubung dengan Allah. Setiap Kalamullah itu membawa kesan ke arah perhambaan secara syumul kepada Allah swt. Oleh itu kepada semua sahabatku, sempena ketibaan Ramadhan Al-Mubarak ini kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah dengan membaca Al-Quran. Sesungguhnya pada bulan ini dijanjikan Allah ditutupkan pintu neraka dan dibuka seluas-luasnya pintu syurga.

Kita ini umpama sedang dipandu oleh dua unsur iaitu nafsu dan akal(iman). Pilihan terletak kepada kita yang diberi Allah untuk memilih yang baik dan buruk. Kesilapan memilih pemandu akan membawa kita hilang arah dan pedoman. Moga Allah memelihara kita dan dijauhi dari mangsa ajakan nafsu dan syaitan yang durjana.

No comments:

Post a Comment