Ada golongan yang berjuang untuk melaksanakan perintah Allah kepada diri dan masyarakatnya. Perintah Allah tidak mungkin dilaksanakan dalam bentuk yang sempurna tanpa kekuasaan dan pemerintahan Islam (Daulah Islamiah), maka usaha dan perjuangan dan memelihara hukum-hukum Allah menjadi satu perkara yang wajib.
Pertama menegakkan hukum-hukum Allah swt di dalam diri dan masyarakat adalah tanggungjawab semua individu baik lelaki atau perempuan.
" Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin bila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan : kami mendengar dan kami patuh.' Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Surah Al-Nur :51)
Kedua, bekerja dan mempunyai matlamat untuk menegakkkan hukum-hukum Allah serta memeliharanya secara keseluruhan. Ini adalah wajip dilaksanakan kerana hanya orang-orang mukmin sahaja yang dapat mendukung dan melaksanakan hukum-hukum Allah swt.
"Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau (wahai Muhammad) hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang engkau berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya." (Surah Al-Nisa':65)
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah swt agar menjadikan kita sebagai orang-orang yang sentiasa memelihara hukum-hukumNya, baik di dalam diri kita sendiri, mahupun di dalam masyarakat secara keseluruhannya, Insya Allah
Allahu Akbar!
Ceroboh Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran Di Lipis, Ahli Perniagaan Dan
Pemandu Jengkaut Didenda RM200,000
-
*RAUB:* Seorang ahli perniagaan dan pemandu jengkaut masing-masing didenda
RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Raub di sini pada Rabu selepas mengaku
bersalah...
11 hours ago
No comments:
Post a Comment