23.8.09

Indahnya Bulan Puasa

Seingat-ingat saya, saya berpuasa cukup sebulan Ramadhan sejak berusia 8 tahun. Berbagai janji ibu berikan bagi menguatkan azam untuk menghabiskan sebulan berpuasa. Meskipun ayah telah meninggal dunia sejak saya berusia dua tahun, peranan dan tugas ibu pikul dengan sempurna. Perkara paling mengembirakan saya ketika berbuka, abang dan kakak awal-awal lagi bersedia di tempat hidang bagi menunggunya masuk waktu berbuka. Jam di dinding bagaikan menjadi barang paling berharga kerana disitu petanda bagi berbuka.

"Ya Allah, bagi Engkaulah amalan puasaku ini, kepada Engkau aku beriman dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka."

Zaman saya kecil dahulu, kuih-muih untuk dijual tidak ada kerana di kampung masyarakat tiada yang berniaga kuih-muih bukan seperti sekarang. Cuma amalan menghantar hidangan dari jiran yang ada masa itu. Ibu selepas solat zohor dah mula memasak kerana nanti juadah berbuka akan dihantar ke rumah jiran.

Malamnya pula, pergi solat tarawih di masjid. Paling menyeronokan waktu more (makan selepas solat tarawih). Waktu itu, kanak-kanak seusia dengan sayalah yang mengambil kesempatan makan more banyak-banyak. Lepas solat tarawih. main gendang sampai larut malam. Ada yang main meriam kabat dan mercun. Wau.....bestla kalau ingat balik zaman kecil dulu.

Perkataan yang selalu ahli keluarga saya ungkapkan kalau tak puasa ialah tak boleh raya........Aduh....RAYA..RAYA...relax dulu baru masuk hari kedua....SELAMAT BERPUASA pada anda Muslimin dan Muslimat terutama yang mengenali diri saya. KALAU TAK PUASA cuma lima perkara boleh kita lafazkan kepada mereka ......... kamu ni bukan Islam ke (Kafir la tu), aeeeh.... kamu tak baligh lagi ke....dia ni gila rasanya....kesian kamu uzur dan tak bermaya walaupun raut muka masih muda tapi ada penyakit rupanya dan terakhir, kamu datang haid ka.....................(sorry)

No comments:

Post a Comment