18.8.09

WANITA : TANGGUNGJAWAB SEORANG ISLAM

"Hendaklah kamu tolong menolong dan bimbing membimbing ke arah taqwa atau kebaikan dan jangan kamo tolong menolong ke arah kejahatan atau kemungkaran."
Ayat di atas menerangkan kepada kita persamaan lelaki dan wanita dalam soal ubudiyyah (perhambaan diri) kepada Allah swt. Kerana wanita dan lelaki mempunyai tanggungjawab yang sama dalam mendapat kesedaran Islam dan penghayatannya.

Firman Allah yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, kemudian kami kembalikan ia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka) kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh".

Disini Allah swt telah menerangkan bahawa Allah telah jadikan manusia sebaik-baik kejadian dengan memberi hati dan akal untuk manusia berfikir dan menerima kebenaran yang Allah telah nyata dalam al-Quran. Tetapi kemuliaan manusia akan ditarik balik dengan menurunkan darjat sehingga serendah darjat binatang sekiranya manusia tidak menggunakan akal untuk patuh dan syukur pada rahmat dan anugerah yang Allah dalam rangka pengabdian kepada-Nya.

Dalam surah al-Mumtahanah, Allah telah menceritakan tentang segolongan wanita beriman yang datang kepada Rasulullah saw untuk mengikat perjanjian bahawa mereka tidak akan mempersekutukan Allah swt serta melanggar perintahNya. Tetapi apa yang kita perhatikan sekarang ini wanita sendiri telah melanggar perjanjian tersebut melalui keperibadian yang mereka bawa.

Peranan wanita diciptakan adalah untuk menjadi pendidik yang utama. Wanita dikurniakan dengan sifat kasih sayang, sabar dan keibuan yang menjadikannya sesuai dengan fitrah dan tanggungjawabnya sebagai pendidik.
Firman Allah swt yang bermaksud :
" Dan apabila seseorang dari mereka diberi khabar dengan kelahiran seorang anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya dan ia sangat marah ".
(Surah al_Nahl : 58)

Masyarakat zaman jahiliah menganggap kelahiran bayi perempuan sesuatu yang hina sehingga mereka sanggup menguburkan bayi tersebut hidup-hidup. Tetapi pabila datangnya Islam, darjat wanita telah dianggap kembali sesuai dengan kejadiannya. Anak-anak diibarat kain putih bersih jadi ibubapalah yang mencorakkannya. Menyedari hakikat ini , golongan zionost berusaha merosakkan Islam dimana wanita yang menjadi sasaran utama. Target musuh Islam ini menjadikan sasaran wanita sebagai pendidik untuk melahirkan generasi yang rosak kerana dididik oleh wanita-wanita yang rosak ini. Sebab itu kita lihat dan dengar, sekarang berlakunya pembuangan anak dimerata-rata tempat , pengguguran dan sebagainya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
" Akan berlaku di akhir zaman golongan wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang dan di atas kepada mereka ada banjot-banjot berbentuk goh unta basrah."

Yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi telanjang adalah mereka yang mengenakan pakaian yang ketat dan jarang sehingga memperlihatkan bentuk tubuh badan yang semulajadi. Di kepada mereka pula terdapat berbagai bentuk hiasan semata-mata untuk menonjolkan kecantikan mereka.

Firman Allah swt yang bermaksu :
" Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbahnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah swt adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab : 59)

Ini adalah salah satu ayat yang menjelaskan pakaian wanita mukmin sebenarnya. Kita perlu faham bahawa untuk menghayati Islam haruslah kita mempelajari dan mengamalkannya. Pada kaum ibu perkara-perkara seperti perlu dijaga dan pelihara agar dapat kita lahirkan ahli keluarga yang bertakwa mengikut lunas-lunas syarak.

Kita perlu yakin bahawa segala perintah yang Allah swt turunkan bukan merupakan penganiayaan atau bebanan ke atas manusia tetapi semuanya itu untuk kebaikan manusia sejagat.

No comments:

Post a Comment